Agama, adat dan
budaya adalah satu istilah yang berlainan. Di zaman yang semakin canggih ini,
manusia sudah mula meminggirkan agama dalam hidupnya. Adat pula semakin jauh
ditinggalkan, manakala budaya yang ada sering berubah-ubah mengikut peredaran
zaman dan trend semasa.
Secara
ringkasnya, satu budaya yang kini mula menular di kalangan masyarakat lelaki
berbangsa Melayu yang sinonim dengan agama Islam telah mula berani mempamerkan
budaya-budaya yang jelas bercanggah dengan hukum hakam syariat Islam
Amalan bertindik
merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masa kini. Kebiasaan
masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya
terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi
dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian
selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah
mula melarat kepada golongan lelaki.
Berdasarkan kepada
hadis Nabi SAW riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan:“Nabi SAW melaknat
lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini
juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau
Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan
haram bagi lelaki.
Jika lelaki
berbangsa Cina ataupun India memakai tindik telinga tersebut adalah tidak
menghairankan kerana ada yang mengatakan itu adat dan kepercayaan agama mereka.
Tetapi pemakaian tindik telinga di kalangan lelaki Melayu yang beragama Islam
jelas melanggar hukum syarak. Walaupun ada yang mengatakan pakai hanya
suka-suka, namun ia tetap haram dan berdosa.
Dalam perspektif
dan konteks isu ini, seharusnya pihak majlis fatwa dan JAKIM perlu tegas
mewartakan fatwa pemakaian tindik telinga di kalangan lelaki Islam dengan
seberapa segera. Begitu juga dengan para-para Ulama sewajarnya peka dalam
mengemukakan pendirian yang tegas dalam isu-isu yang melibatkan soal akhlak dan
akidah umat Islam.
Semoga Allah
menjauhkan kita dan ahli keluarga kita daripada budaya ikut-ikutan yang hanya
akan membawa kita ke neraka jahannam. Amin ya Rabbal alamin..
AveiroPJ
- Jangan nanti bila budaya tersebut kian membarah dan bernanah, barulah masing2
bergegas untuk mengambil bermacam-macam tindakan yang akhirnya tiada
kesudahan...renung-renungkan =)
No comments:
Post a Comment