Followers

Thursday, 2 June 2011

Seni Fotografi II


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rakan1Klik.

Seperti yang dijanjikan, kali ni CikPanda ingin berkongsi sedikit pengalaman untuk mengambil gambar yang mempunyai ‘wow factor’.

Menghasilkan gambar yang mempunyai ‘wow factor’ bukanlah bergantung 100 peratus kepada kecanggihan kamera dan alatan yang digunakan. Sebaliknya daya kreativiti dan kemahiran yang ada dalam diri kita itu yang perlu digunakan.

Kreativiti pula terlalu luas maknanya. Jadi, kali ini CikPanda akan berkongsi maklumat yang tidak akan menyentuh mengenai aspek teknikal sebaliknya berdasarkan pengalaman.

Berikut adalah tip-tip untuk menghasilkan gambar yang mempunyai ‘wow factor’:
  
  • Posisi
Berdasarkan pengalaman, saya merasakan perbezaan antara gambar-gambar yang dihasilkan adalah berkaitan dengan posisi. Tidak semua gambar yang diambil yang diletakkan di tengah-tengah bingkai (frame) akan menghasilkan gambar yang menarik. Sebaliknya, objek atau subjek akan kelihatan ‘hidup’ jika seorang juru foto itu dapat mengambil gambar objek dan subjek tersebut daripada posisi lain.

Subjek tidak semestinya di tengah-tengah frame
  •  Tanpa Flash
Mungkin ada pendapat yang kurang bersetuju dengan saya, tetapi, dengan kemahiran dan kreativiti anda cubalah mengambil gambar tanpa menggunakan flash sebaliknya menggunakan teknik bacaan yang tepat dan sumber cahaya yang sedia ada. Contohnya, ambil gambar senja dengan menggunakan ISO yang minimum dan bukaan kamera yang luas (nilai aperture yang kecil; contoh f3.5).
  
 
Hasil pemandangan senja di Pantai Chenang, Langkawi  tanpa menggunakan flash
  • Potret
Menghasilkan gambar potret yang mempunyai ‘wow factor’ sekurang kurangnya mendedahkan satu elemen personaliti subjek. Subjek tidak perlu kelihatan kaku atau takut di depan kamera sebaliknya juru foto memainkan peranan yang penting untuk berkomunikasi dengan berkesan supaya subjek lebih santai dan menonjolkan sifat semula jadi dirinya.
Foto potret menceritakan elemen personaliti objek



 







 CikPanda: Nanti CikPanda akan berkongsi pula teknik lain,ok!

32 comments:

rusna wana said...

wow- cik panda nmpk mcm pro je dlm bidang ni...kadang2 minat ni dtg dgn sendirinya..sy minat mengambil gambar tpi cuma menggunakan hp je lah..

PS Mubin said...

aku hanya pandai klik aje...tp x pandai nak control...janji ade gambar kira ok...

Unknown said...

betul2,nana pun suka kalo nengok org tgkp byk2 posisi...kalo org kawen tu mesti photographer dia wat cam2 posisi,jap baring,jap duk tgkp gmbr pengantin..semuanya nak bagi hasil gambar yg menarik kan sis:) 'wow factor'!hehe..

aqishah said...

sy x mahir bidang fotografi ni... hemtam aje ikut suka...

The Girl of The Future said...

Wah.. Tips nie akan diaplikasikan dlm pengambaran Mia seterusnya... *whahah, bersedialah engkau kamera*
Thanks Cik Panda yg nampak gayanya seperti seorang jurugambar professional kerana sudi kongi tips2 ini

Anonymous said...

best jugak blaja dlm bidang photography ni. mcm2 kita blh blaja dan tahu selok belok macamne nak edit gambar biar kasi cantik.

Semut Senyum said...

terima kasih cik panda, sedikit sebanyak membantu saya.. =)

amniey91 said...

bagus la..dengan keterangn cik panda tu boley la cik Am posing lebey2 t..haha..lpas ni ambik gambar ikt tip-tip tu..
tambah satu lagi lau nak rambut tu jadi lawa time ambik gambar..letak kipas kat depan..haha..baru cam hindustan ckit..hihi..:D

Azie Azman said...

wah..menarik.. =D
boleh azie try ni nanti..
thank you =)

amiraliyana said...

wah. cikpanda nampaknya seperti pro ya dalam bidang ni. mira suka tengok gambar yang di ambil dari sisi dan sampai sekarang masih mencari2 angle yang cantik untuk tangkap gambar dari sudut sisi. mira memang tak pro dalam bab2 ni. main redah ja tangkap gambar tapi sejak dua menjak ni rasa macam teringin nak tangkap gambar dalam sudut yang berbeza yang lebih kreatif.

meoww cat said...

wah...nice pictures...teringin nak pandai cam diorg ni....hehee

Cikbintang said...

nk cuba jugak..hehe

CikPanda said...

rusna wana, asalkan ada minat semua boleh jadi...

CikPanda said...

myspace, practice make perfect. lama2 nanti mesti mahir dan boleh control hasilkan gambar yang lebih baik lagi.

CikPanda said...

nanakimie, yup betul. sekali-sekala nana kena cuba juga tu. hehe

CikPanda said...

aqishah, selalu ambil gambar nanti mesti mahir, dik. selamat mengambil gambar ;)

CikPanda said...

Mia: kamera tu jawab 'aku dah bersedia dah wahai cik Mia, jom kita gi ambil gambar banyak2' hehe ;)

CikPanda said...

chara, best2... mesti cuba k

CikPanda said...

semut senyum: sama-sama kasih dik

CikPanda said...

amniey91: hehe...

CikPanda said...

azie azman: sama-sama... selamat mencuba

CikPanda said...

amiraliyana: selamat mencuba. ambil gambar banyak2 ye ;)

CikPanda said...

meoww cat, tq.

cikbintang: ye selamat mencuba.

annurislam said...

saya suke bergambar.tapi saya kaku bile berhadapan dengan kamera..hikhik..tlg ajar saya sape y pndai posing..:)

Sarah Naiema said...

Was, bagus la Cik panda berkongsi gan kami semua camne nak bagi gambar tu nampak Wow Factor..

Sarah selama nia suka2 hati jer abik gambar, tak nampak menarik pon tapi ada sekadar kenangan jer..^^

Pengetahuan mengenai seni fotografi nie dapat sara gunakan untuk di masa hadapan nanti.. sekurang2nya sara tau camne nak bagi gambar tu nampak real dan menarik...

Nak lagi cantik, edit gan photoshop..=)

CikPanda said...

annur_islam: bab2 posing ni kenalah rajin selak majalah fesyen. perhatikan model2 tu lepas tu aplikasikan masa nak bergambar. selamat berposing ye, adik2... ;)

CikPanda said...

sara, yup betul tu edit dgn photoshop. selain tu aplikasi secara online untuk editing gambar pun ada.

saya pernah cuba gunakan www.picnik.com. berbanding yg lain di sini lebih mudah.

Wan_hazel said...

Syok bila boleh tangkap gambar yg cantek...mode dan kualiti gabar banyak mainkan perasaan bila org tengok..lebih lebih lagi kalau gambar tu seakan mempunyai emosi..

Anonymous said...

yup!!
posisi penting dalam penghasilan gambar yg menarik....

kalo x xdanya kameraman sampai nak merangkak2 tangkap gambar orang kawen....

bestnya kalo pandai tangkap gambar cantik2 kan..hehehe...

Unknown said...

www.picnik.com? nana nak cuba jgk lah..thanks 4 sharing sis:)

Anonymous said...

wow....cantiknya gambar di pantai chenang...(^_^) saya juga minat bidang fotografi ini. Namun, hanya sekadar mengisi masa lapang kerana sibuk dengan study...huhu

Wan_hazel said...

cara nak ambek gmbar tu penting jugak...law org tu pandai posing lagi lah cun gambar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...