Followers

Wednesday, 22 January 2014

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Malaysia Baik

Satu berita yang sedap didengar pagi-pagi ni apabila Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris  pelajar Malaysia pada tahap yang baik di peringkat pra-sekolah hingga universiti.

Pengumuman tersebut berdasarkan laporan “Measuring the English Language Standard and Establishing an Evidence-based Baseline for Malaysian School” yang dikeluarkan oleh panel Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge  (Cambridge English Language Assessment).



Menurut Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Pendidikan mengambil langkah melantik pihak ketiga (Cambridge) menilai tahap pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat Universiti. Inisiatif ini diambil sebagai respon kepada tanggapan orang ramai bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar Malaysia kini adalah rendah dan tidak seperti dahulu.

Hasil penemuan ini dapat membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara sekarang ini mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris  dalam kalangan pelajar walaupun dengan pemansuhan PPSMI yang ditentang ramai ibu bapa.

Namun penemuan ini bukan sesuatu untuk dibangga-banggakan, ia sebagai kayu pengukur untuk membolehkan suatu penanda aras diletakkan. Di samping itu, segala kelemahan dan kepincangan dapat diketahui dan tindakan memperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan.

Semuanya hanya bertujuan untuk memperkasakan modal insan Negara demi kebaikan generasi di masa hadapan.

Anom : Kemahiran berbahasa Inggeris sangat penting pada zaman ini!
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...