Followers

Monday, 9 September 2013

SEMANGAT KEMERDEKAAN PERLU TERUS DISEMAI

Tanggal  31 Ogos datang lagi  tanda meningkatnya setahun lagi usia kemerdekaan negara. Tahun 2013 Malaysia menyambuti ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara.

Semangat merdeka harus terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa getirnya perjuangan untuk menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan,negara akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.

Peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar pada golongan tua, bagi golongan muda pula semangat ini  dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan. Kibaran merah putih Jalur Gemilang  menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Bendera dikibarkan bagi meningkatkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya. Semangat kemerdekaan golongan muda semakin marak kerana ada usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan mereka sentiasa mengingati pengorbanan dilakukan oleh pejuang kemerdekaan.



Tanggal 31 Ogos adalah hari penting yang wajar diraikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama di mana semangat patriotik ini telah dipupuk sejak dari pendidikan awal di sekolah lagi bagi memperkasakan semangat jati diri  dalam diri jenerasi muda.

Kemerdekaan menjadikan kita bebas menentukan hidup sendiri tanpa dijajah mana-mana pihak. Kita berhak mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri. 

Kemerdekaan juga menjadikan kita  negara bebas dan berdaulat serta berupaya mentadbir tanpa mengharapkan bantuan luar. Ia bermakna kita tidak dijajah oleh mana-mana kuasa luar dan bebas membuat sebarang keputusan. Oleh itu mempertahankan negara  adalah penting dan meletakkan Malaysia di tahap yang tertinggi dalam apa juga tindakan.

Pemimpin dulu berjuang menuntut kemerdekaan tetapi generasi sekarang hanya perlu memahami dan mempertahankan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...