Wah, lain macam saja tajuk kali ni, kan? Bah, jangan fikir bukan-bukan, kena baca dulu sampai habis artikel CB ni.
Merdeka zahir, merdeka batin. Kenapa zahir dan batin? Secara amnya, kita memang sudah bebas secara zahir sebab kita bebas ke sana sini, kita bebas bergaul dengan sesiapa yang kita nak, kita bebas lepak di mana saja yang kita mahu dan macam-macam lagi. Itu secara zahirnya.
Merdeka batin? Ini payah sikit sebab ini melibatkan minda dan jiwa kita. Benda dalaman yang orang lain ndak nampak dan even diri kita sendiri pun kadang-kadang ndak sedar.
Soal diri kita. A, adakah kita sayang negara kita ni? B, adakah kita ambil peduli dengan segala peristiwa yang berlaku di negara ini? Atau C, kita buat-buat ndak peduli asalkan diri kita sendiri selesa dengan apa yang kita ada? Kalau jawapan kamu C, maka nampak gaya kamu masih ada masalah dengan kemerdekaan dalam batin kamu.
Ini negara kita. Ini tanah air kita. Kalau bukan kita yang ambil peduli, siapa lagi? Kalau kita sendiri ndak mo pertahankan negara ni, ndakkan mo mengharap orang luar yang pertahankan untuk kita?
Walaupun tahun ni sudah masuk kemerdekaan yang ke-56, masih belummmmm terlambat untuk kita mengubah minda kita! Dan juga merdekakan diri kita daripada perasaan negatif. Dengki, riak, sombong, bangga dan segala benda-benda yang ndak elok tu buang jauh-jauh. Merdekakan diri bukan setakat kibarkan Jalur Gemilang semata-mata tapi juga ‘membersihkan’ diri kita agar ia ndak menjadi penyakit berjangkit yang akhirnya hanya akan merugikan kita.
Jadi, mari kita berazam 2013 ni untuk merdekakan diri kita dari segala-galanya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Merdeka!
Cik Bibiran: Kalau bab merdeka ni, semangat dah jadi lain macam sikit. Ahahaha.
No comments:
Post a Comment