Helo semua! Artikel kedua CB untuk topik kemerdekaan ni. CB kali ni buat secara general ja sebab topik pun pasal merdeka, kan.
Kali ni CB mo ajak kawan-kawan semua tonton filem Tanda Putera yang akan mula ditayangkan hujung Ogos ini. CB sudah tengok sejak Mac lalu, waktu tu tayangan tertutup untuk orang tertentu bersama pengarah Datuk Paduka Shuhaimi Baba dan CB antara orang yang bertuah tu.
Ikhlas CB cakap, menonton filem ni buat CB lebih menghargai tanah air CB. Shuhaimi atau Shumi sendiri bagitau dia buat cerita ni based on true story. Bukan saja direka-reka. Dan tiada pun niat di hatinya untuk menimbulkan isu perkauman tapi memang itulah yang sebenarnya berlaku dan memang itulah yang tercatat dalam sejarah!
Bagi CB, kita tengok filem ni bukan untuk bergaduh atau cari pasal dengan kaum lain lepas tu. NO! Tapi kita perlu sedar bahawa kalau kita ndak pentingkan toleransi antara kaum dan mudah menerima hasutan anasir luar, maka ndak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pasti akan berulang!
CB sendiri hampir-hampir mo menangis tonton filem Tanda Putera ni. Tambahan lagi Rusdi Ramli, Zizan Nin dan pelakon-pelakon filem ni berlakon dengan hebat sekali. Titanic pun CB tengok ala-ala keras hati, tapi filem ni CB rasa sebak, jadi bulih bayangkan kekuatan filem ni sampai mampu menyentuh emosi CB.
CB sayangkan Malaysia. CB sayangkan tanah air kita ni. Tapi sayang, ada segelintir yang seolah-olah ‘dirasuk’ supaya membenci dan menimbulkan huru-hara di negara ini. Jadi, kita-kita ni la yang kena pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan dan keamanan yang kita ada pada masa kini. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Cik Bibiran: Pasti akan melanggan Tanda Putera ni lagi di ASTRO. (CB bukan promote ya, tapi kenyataan).
No comments:
Post a Comment