Followers

Friday, 30 August 2013

Pakai, Cuci, Simpan.

Adui. Lamanya CB ndak update artikel baru kan? Tengah-tengah CB mo upload gambar bendera di timeline FB CB, tu yang teringat Rakan 1Klik ni…

Macam yang kita tau, beberapa hari lagi kita akan sambut kemerdekaan yang ke-56.  CB sudah siap pasang Jalur Gemilang di depan pintu rumah CB.  Kamu macam mana? Sudah pasang?



Kadang-kadang ada pemikiran manusia ni kata "ndak payah gantung bendera pun ndak apa. Yang penting hati kita". Memang betul. Tapi siapa lagi yang mo kibarkan Jalur Gemilang tu kalau bukan kita, kan? Kita sebagai rakyat Malaysia ni la yang sepatutnya bangga memasang dan tengok bendera negara kita berkibar dengan megah!

CB geram juga ada yang beriya-iya kata semangat itu ini, tapi tunggu bendera percuma.  Alahai, ndak salah kalau laburkan sikit wang beli bendera Malaysia tu. Bukan mahal pun kan.  Lepas pakai tu, cuci dan simpan elok-elok.  Tahun depan bulih pakai balik. Kan dah jimat di situ sebab CB buat benda yang sama.  Bendera dua tahun lepas CB pakai cuci simpan, pakai cuci simpan.  Jadi, ndak payahlah mo mengharapkan bendera free ja dari pihak tertentu.


Bah, CB berhenti dulu di sini. Nanti CB akan update topik merdeka yang baru. Cb dah dapat topik apa cuma mahu kembangkan lagi jalan ceritanya. Cewaah…   Sebelum terlupa, CB ingin ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-56 kepada semua dan hargailah tanah air kita ini.


Cik Bibiran: Hargai tanah air kita.  Hargai keamanan negara kita.  Hargai Jalur Gemilang kita.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...