Salam
semua.... Dah lama rasanya Mummy tak menulis, tapi hari ini Mummy terjumpa satu
artikel yang menarik untuk kita kongsi bersama. Sebagai ibu, banyak perkara
yang Mummy belajar menerusi artikel ini. Jadi moga-moga ianya bermanfaat untuk
anda juga! Selamat membaca...
DIDIKAN ANAK-ANAK
MENURUT ISLAM
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan
dan jangan sesekali menampar anak menggunakan
tangan kita. Ini kerana anak akan bertambah degil dan nakal serta tidak boleh
dikawal.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara
saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6)
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan penghargaan setiap kali anak anda
berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum
matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga, pilihlah keluarga
10) Jangan mengeluh di dalam membesarkan dan
mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahir yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yang datang daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran
bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali.
16) Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat
ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

2 comments:
membesarkan anak2 seramai 6 orang di zaman serba moden ini perlukan kekuatan dan kesabaran yg tinggi... alhamdulillah - atas nikmat yg Allah telah bagi dan anak2 ini adalah anugerah yg paling berharga...
Terima kasih atas article ini..
Post a Comment