Followers

Tuesday 26 April 2011

Buli Dalam Blog


Perkara ni bukan benda baru. Dah lama berlaku. Sebelum saya mula tubuhkan blog lama hinggalah blog baru tersebut bertapak lebih setahun. Saya perhatikan fenomena ni makin menjadi-jadi. Saya tak pasti jika ada blogger yang menggunakan istilah lain. Tapi saya gunakan istilah ni khas untuk blogger yang menjadi kaki buli atau yang pernah jadi mangsa buli dalam blog.

Apa itu Buli dalam BLOG? Ini pendapat saya, ya. Setuju atau tidak, terserah. Buli ni lazimnya kita kaitkan dengan tabiat suka menjatuhkan hingga mampu memalukan dan mencederakan si mangsa. Boleh jadi dalam bentuk fizikal, penulisan dan lisan. Dalam konteks Blog, kesan yang paling ketara dirasai si mangsa ialah perasaan malu dan rasa tertindas.

Kaki buli Blog lazimnya menggunakan perkataan provokasi dan gemar memutar belitkan kenyataan/fakta. Mencetuskan keraguan,  salah faham, kemarahan dan dendam di kalangan pembaca. Apa yang dikatakan buli itu ialah, kecenderungan meletakkan gambar, alamat pengenalan mangsa samada ID blog, facebook dan lain-lain bahan privasi mangsa.

Lazimnya yang terdorong jadi kaki buli BLOG ni terdiri dari blogger yang dah punya tapak sendiri. Agak terkenal. Punya kroni masing-masing. Pentingnya kroni ni, bila satu entry dihasilkan. Maka berderet-deret komen masuk menyokong secara membuta tuli kata  si pembuli tersebut. Tanpa menyelidik hakikat sebenar. Secara tak langsung, para pengkomen ini pun bersuhabat dalam aktiviti buli ini.


Steddy: Pernah melihat atau alami situasi ini? Jauhi diri kita dari menjadi pembuli Blog!





20 comments:

aqishah said...

ada berlaku buli dalam blog eh?

ntahle sy kira baru je berblog tak pernah tau n tengok lagi...

Anonymous said...

tak pernah lg berlaku setakat ni.
lgpun baru je aktif berblog sebulan lebih.hihi

story of my life said...

hmm...tuela sy pun tak tahu ada jugak berlaku buli membuli dlm blog nie..kalo ada elokla dihentikan. bagi sy tujuan berblog adalah utk bertukar pendapat & menambahkan ilmu pengetahuan.

Unknown said...

owh,dalam blog pun bole yer?xpenah pulak dengar..mintak dijauhi..

Unknown said...

Pernah sekali dulu kena :( Benda yg kita tak cakap, boleh pula blogger tu dok putaq kata kita cakap...sgt geram betul!

Sampai dah takde mood nak kawan dgn blogger yg lagi satu tu. Percaya membabi buta terus je apa si minah mereng tu cakap...series mmg geram btl masa tu! Wlupon akhirnya blogger yg lagi satu tu dah tahu kebenaran but still tak nak betulkan apa yg pernah dia tulis dlm her blog...the 'reason' yg dia bagi kat Intan adalah sbb takut kat minah mereng tu dok 'kata' dia pulak lepas nie...haa haa. Lawak!

Skrg nie pon nak kawan dgn blogger mana2 pon nak kena berpada-pada...huu huu.

Latest 3 entries:
Safi Rania Gold
Art Time With Arissa The Painter!
DSLR-Shutter Speed

Unknown said...

cik aish pernah kena buli..huhu..masa baru2 berblogging dulu..sobs sbs

AishaAminudin said...

tulah..ada baca banyak gak beberapa bulan yg lepas, dlm blog pon boleh..

Wan_hazel said...

macma kes si anon lah kan..??or bleh gak dikatakn mangaibkan pihak pihak lain...

aj said...

hmm
memang pernah kena..letih nk layan, kalau layankan macam2 lg ditulisnya

aqishah said...

uisk... takotla kena buli... lagipun sy masih baru sebulan berblog...

minta dijauhkan.. dan syukur setakat ni mereka baik2 belaka

Joel Leslie said...

mmg slalu kena buli .. tak kesah la real life or blog life .. kalau real life, slalu je kena buli sbb org kata kita mcm ckp dngn diri sendiri.. pastu ada yg ckp kalau tak da org bc apa guna ada blog ? hey, aku ada blog.. sukahati aku la wei .. aku minat .. salahkah ? btol tak ? :D hehehe. thx for this awesome entry :)

aqishah said...

btul la joel.. diaorg tu x faham kelebihan blog tu yg ckp mcm tu.. cuba diaorg buat blog kan baru tau... ngeh ngeh ngeh...

tips hindari buli blog abaikan saja mereka2 ni... :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

gambar ne wanz yg buatkan?? hehe.. artikel ne wan jugak ke yg buat??

belum lagi nak buli org dalam blog kat luar pun idak lagi hehe

Sarah Naiema said...

Pertama kali m'dengar buli dalam blog..dan sara new blogger bgus juga didedahkan mengenai info nie..

tapi mintak2 la dijauh kan dari benda2 camni..

Cikbintang said...

buli scra dlmn..bkn fizikal lg teruk kn

The Girl of The Future said...

Kalau buli yg menyerang emosi dan dalaman seseorang, lagi bahaya dan teruk.. hrmmm.. tapi setakat ini Mia blum kena lagi.. sebab Mia baru je aktif blogging.. and follower pun tak ramai, setakat kengkawan Mia je.. :)
Harap2 dijauhi. tapi sekiranya tidak dpt dielakkan, elok kita tegur baik2 dan sekiranya masih ditindas, kita biarkan je.. klau makin teruk, kita gie lapor jelah.. mmg dha kes serius lah kalau mcm tu.. :)

amiraliyana said...

dulu2 pun dah ada eh buli dalam blog ni? ish2.

skang ni memang nampak la banyak jugak yang dah kena. kesian.

kawan mira kena jugak. dia baru ja berblogging. nasib mira tak penah kena. di jauhi laa..

meoww cat said...

macam2 la dunia skrg ni...sengaja nak menjatuhkan kaum sendiri...say no to BULI...

Wan_hazel said...

kak wan nie ..nape lah jarang update kat sini..oleh kerna kak wan nie suka n slalu join kontes..apa kata akak update mengenai kontes yg akak join dalam nie..kasi link ke..apa ke..so bila org bukak je blog rakan satu klik nie..dia org leh lah tgk kontes2 yg bkaitan..nama pun rakan satu klik..tak gitu kak wan??ehhehe...disamping leh meramaikan orang nak join kontes..

Ummu Ukasyah said...

buli dalam blog.. macam mengumpat mengata dan memfitnah lah ek?

erm. elakkan diri daripda terjebak dengan benda-benda macam ni.

besar dosanya mefitnah dan mengata orang ni. nak..nak lagi kalau menjatuhkan maruah sesama kita.

nauzubillah min dzalik.


“Dan katakanlah,“Ya Rabbku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syetan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Rabbku, dari kedatangan mereka kepadaku". (QS. 23:97-98)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...