Followers

Friday, 5 October 2012

Bajet 2013



Assalamualaikum pembaca. Bagaimana dengan Bajet 2013? Pasti ada yang merasa lega kerana banyak kemudahan diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Sofystella pun rasa gembira kerana banyak faedah dan semua menyambut baik pengumuman Bajet 2013 yang dibentangkan oleh beliau.

Antara bajet yang boleh Sofystella ringkaskan ialah bantuan kepada golongan berpendapatan rendah tetap diberikan dan semua golongan dapat merasai, serta golongan berpendapatan sederhana dalam penyediaan Bajet 2013, sama juga seperti Sofystella. Alhamdulillah bayaran pinjaman PTPTN diberi diskaun dan pemberian baucar buku terus diberikan.

Selain itu, bantuan kepada  pesawah dan nelayan tetap diteruskan untuk mereka merancakkan ekonomi. Dalam  sektor pendidikan dan pelancongan turut memberi penekanan  kerana bagi pertumbuhan ekonomi di samping pengumuman besar perbelanjaan bagi sektor pelancongan.

Manakala golongan yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2,000 ke bawah dan masih bujang layak menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) sebanyak RM250 daripada kerajaan. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

Semua ini demi ekonomi negara dan rakyat. Kita berterima kasih atas prihatin yang diberikan. Jadi, gunalah segala kebaikan yang telah disumbangkan dengan sebaiknya.

Sofystella : Terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...