Followers

Thursday, 14 April 2011

Keruntuhan Akhlak- Isu dan Cabaran II


Salam 1Malaysia.

Seperti yang dijanjikan, saya menyambung penulisan saya berkait dengan contoh-contoh wujudnya ajaran-ajaran keruntuhan akhlak- isu dan cabaran pada artikel saya terdahulu. Antara puncanya ialah pengaruh Skinhead. Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an. Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada mulanya golongan Punk Rock yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock. Hasil dari tanggapan masyarakat tentang budaya Punk Rock, golongan Punk Rock telah mengubah cara hidup mereka dan cara berpakaian mereka lebih kemas. Mereka telah memilih cara hidup Skinheads kerana cara Skinheads berpakaian kemas dan muzik Oi!, Ska dapat diterima oleh golongan Punk Rock. Dengan membawa masuk kaset dari barat serta cara pakaian ala Skinheads, dan ini membuka mata golongan anak muda meniru budaya ini.

 Selain itu, budaya Punk dan skinhead seolah-olah menyatu, kerana mempunyai semangat yang sama. Punk lebih terkenal dari hal fesyen yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker. Sebab itu, golongan muda mudah meniru budaya ini. Di mana silapnya?

 

Hbbjutawan: Untuk keluaran seterusnya saya akan sambung dengan faktor lain iaitu pengaruh black metal

15 comments:

story of my life said...

kat negara kita nie budaya ni dah lama ada dah..kekdg mcm takut je tgk penampilan depa nie..

Anonymous said...

skang mcm2x berlaku.sampaikna budak kecik pun blh terikut2x..

AcuRose said...

hah! muzik oi oi...terinagt msa skolah 90an dulu. mmg ramai teman2 yg ikut trend ni.

cikpuanhady said...

huhu..tulah, adakah kerana kurangnya didikan agama? ataupun kekurangan kasih sayang?

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Cute MuM said...

dulu bila nampak diorang nie terus rasa takut.. mungkin cara pemakaian tue yang buat cute mum takleh terima..

Joel Leslie said...

macam macam style dulu .. macam mana rupa bapa saya dulu o ? punk rock ke ? YEAHHHYEAHHHHH ! HAHAHA .. sekarang emang berbeza dngn dulu kan ?

Unknown said...

aah,nana pun takut nengok...mcm2 style diorang neh

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

masa matrix ada kawan yg dengar muzik ne

Sarah Naiema said...

Budaya nie da semakin teruk skunk nie..

Sama2 la kite mencegah agar generasi kite tak terikut dengan benda2 camnie..=)

The Girl of The Future said...

jadi, yg botak kan rambut itu, kiranya Skinhead?? Sorie, Mia tak brapa paham...

Tapi, takut juak lah dengan mereka.. tapi, tetap kawan dengan mereka, tapi tak ikut cara mereka... Mia hormat mereka sebab mereka ada cara mereka sendiri... tapi klau dah kelakuan mereka tak baik, Mia ada juak tegur... :)

amiraliyana said...

macam2 aih. buat orang takut jek bukan orang suka.huhu

Ummu Ukasyah said...

Kenapa pengaruh macam ni senang remaja nak terima? di mana silapnya?

kalau kita suruh pergi masjid,jadi ahli masjid, buat dakwah.. Masya Allah.. susahnya..

Rasa bangga bila ikut benda-benda sesat dan budaya barat macam ni.

Tapi ingatlah apa nak dibangga bila di akhirat kelak.

Boleh ke skinhead tu tolong kita?

Wan_hazel said...

ibu bapa yang tak ambil peduli pasal anak..Org akta..sayang anak pukul pukulkan...

Anonymous said...

menakutkan...eeeiyyuuu

Wan_hazel said...

takut..tp ada yang suka..trend kata nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...