Followers

Wednesday 17 October 2012

CERITA DISEBALIK KR1M




Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai akhbar yang saya baca minggu lepas. Headlinenya “Bukan mudah tubuh KR1M”. Nak tahu ceritanya..

Dalam berita tersebut Datuk Amer Ali iaitu Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd (Mydin), boleh kata tycoon dalam bidang peruncitan, memberi penjelasan kerana penubuhan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia) telah dipolitikkan.

Datuk Amer Ali memang terlibat secara langsung dengan KR1M bersama dengan empat usahawan lain. Menurut Datuk Amer Ali, beliau bersetuju membantu Kerajaan menubuhkan KR1M atas dasar mahu membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah. Ia merupakan tanggungjawab korporat, disamping sebagai seorang Islam, beliau berniat untuk mendapat berkat dan pahala dengan membantu golongan yang memerlukan.

Sehingga kini sebanyak 59 KR1M telah beroperasi diseluruh negara dan usaha-usaha untuk melengkapkan sasaran 85 buah KR1M sedang giat dijalankan. Melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kerajaan memperuntukkan modal perbelanjaan sebanyak RM585 ribu bagi sebuah kedai dua pintu. Peruntukan tersebut hanya untuk pengubahsuaian, sewaan dan lain-lain. Manakala modal kerja sebanyak RM300 ribu hingga RM400 ribu ditanggung oleh Mydin untuk membeli barangan, membayar gaji dan stok. Margin keuntungan yang diperoleh melalui KR1M sangat kecil iaitu antara hanya 1% – 2% sahaja berbanding 5% - 15% kebiasaannya untuk perniagaan runcit. Ya la kan, nak membantu rakyat, untung sikit cukup la...

Bagi menjawab tohmahan bahawa KR1M ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil pulak, Datuk Amer menyatakan yang KR1M tidak diletakkan bersama kedai-kedai runcit yang lain. Beliau juga hairan dengan tuduhan berkenaan kerana baginya perniagaan memanglah berkaitan persaingan. Jadi, di mana salahnya. Tambahnya lagi, tuduhan tersebut sangat tidak berasas kerana KR1M hanya akan ada 85 buah, nak dibandingkan dengan 99 Speedmart yang ada 362 buah cawangan ataupun KK Mart.

Bagi beliau bukan hanya Mydin, tetapi sesiapa sahaja sama ada syarikat ataupun individu boleh membantu Kerajaan menubuhkan KR1M, contohnya Sime Darby atau FELDA untuk membantu komuniti masing-masing. 








AnomDah beralih shopping barang keperluan di KR1M presint 2 setiap bulan..maklumlah isi rumah ramai, 8 orang.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...