Followers

Wednesday, 1 August 2012

Pelajar Sekolah dan Telefon

Assalamualaikum.

Sofystella dah 2 tahun  meninggalkan zaman persekolah. Tak baru, tak lama. Masa Sofystella sekolah dulu, Sofystella tak ada telefon bimbit pun. Untungkan remaja hari ini. Apa yang Sofystella tengok lagi canggih telefon bimbit mereka pakai berbanding Sofystella pakai sekarang ini. Terasa juga nak menukar telefon bimbit seperti kawan-kawan. Tapi tak mengapa janji boleh call dan mesej. Nak bergambar kamera pun ada.



Baru-baru ini, ada berita tentang "Pelajar Dibenar Bawa Telefon Ke Sekolah-Setuju atau Tidak?”. Ramai ibubapa pelajar yang merungut supaya sekolah membenarkan anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah supaya senang untuk mereka menghubungi anak-anak mereka sekirangnya mempunyai masalah. Tapi itu saja kebaikannya berbanding keburukan. Jadi lebih baik ia tidak dilaksanakan kerana isu sosial yang semakin meningkat akan mendorong pelajar-pelajar ini ke arah keburukan.

Lagipun Sofystella tahu  ramai pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah secara senyap-senyap dan merakam aktiviti-aktivi yang tidak bermoral dan apalagi jika  penggunaan telefon bimbit dibenarkan nanti.

Isu tersebut masih dalam perbincangan. Tiada lagi peraturan membenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah sebab masih banyak perkara negatifnya.

Sofystella : Nanti ada kes kecurian dan penyalahgunaan pulak. Siapa pula nak bertanggungjawab. Kan lagi merumitkan? 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...