Assalamualaikum J
Apa khabar hari ini? Pantas masa berlalu, hari ini sudah 18 Ramadhan 1433 tak lama lagi kita akan menyambut hari kemenangan buat umat islam. Rakan – rakan tahu tak? Hari ini, 7 Ogos 2012 kita akan menyambut kepulangan Datuk Lee Chong Wei yang telah menamatkan misinya di Olimpik London 2012. Sofystella dengar - dengar ramai rakyat Malaysia yang manantikan ketibaan beliau. Memang ramai pun sampai susah pihak media mahu temu bual Datuk Lee Chong Wei.
Ramai yang teruja untuk bertemu dengan beliau. Sofystella pun gembira dengan kepulangan beliau tetapi tidak berkesempatan untuk berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).Sofystella nak ucapkan ”Selamat Pulang kepada Datuk Lee Chong Wei”. J
Dato Lee Chong Wei bersama rakyat Malaysia di KLIA!
Walaupun Kontinjen Badminton telah menamatkan misinya dan juga kontijen lain, Sofystella rasa kita perlu ada strategi baru untuk mengilap bakat – bakat baru dalam bidang sukan. Erti kata lain kita perlukan pelapis yang boleh kita sandarkan di Olimpik dan sukan – sukan besar yang lain terutamanya Badminton. Kita masih belum ada pelapis seperti Datuk Lee Chong Wei untuk kita melakar kemenangan yang berterusan.
Contoh yang Sofystella nak bagi, seperti negara Tembok Besar iaitu China begitu mendominasi dalam sukan Badminton iaitu Chen Long yang sudah menyerlah apabila memenangi gangsa untuk disandarkan harapan Olimpik jika Lin Dan bersara suatu hari nanti.
Sofystella berpendapat untuk kita melahirkan pemain bewibawa yang boleh mencabar sukan di peringkat tertinggi ialah dengan membuat perancangan dengan jangka masa panjang dan sistem yang sedia ada perlu diubah supaya ada pemain pelapis yang berpontensi.
Sebagai rakyat Malaysia, Sofystella tetap bangga dengan pencapaian atlet – atlet kita. Setiap tahun ada kejayaan yang dapat kita perolehi. Rakan – rakan pun sokonglah sukan negara. Majulah sukan untuk negara.
Peminat sudah menunggu untuk menantikan kepulanyannya.
Sofystella : Sukan yang paling Sofystella suka adalah badminton J
No comments:
Post a Comment