Gambar dari Baskin-Robbins.
Hai semua, jom kita makan aiskrim, Sofystella belanja tapi lepas buka puasalah nanti. Ha? Betul ke? Sofystella nak ceritalah ini. Sebelum ini Syarikat aiskrim Baskin-Robbins telah mengumumkan akan memberikan aiskrim percuma kepada rakyat Malaysia jika para atlet membawa pulang pingat emas dari Kota London. Aiskrim percuma ini adalah penghargaan bagi menghargai usaha dan pergorbanan para atlet yang berjuang di Olimpik London 2012.
Namun, setakat ini Malaysia masih belum memungut pingat emas. Bagi menghargai atlet – atlet yang telah mengharumkan nama negara, Baskin-Robbins tetap memberikan aiskrim percuma pada 8/8/2012 daripada pukul 8 – 10 malam di 61 cawagan di seluruh negara kecuali di kiosk Hospital Pantai Bangsar dan Taman Tema Genting.
Kita semua boleh memilih lebih daripada 31 perisa aiskrim yang disediakan. Molek sangatlahkan rakan – rakan. Lepas kita berbuka, kita boleh menikmati dessert dari aiskrim Baskin-Robbins. Sofystella pun teruja untuk menggunjungi kiosk – kiosk Baskin-Robbins yang berdekatan.
Untuk maklumat lanjut sila klik dibawah :
Sofystella : Nak pilih perisa apa? Semua sedap.
No comments:
Post a Comment