Followers

Wednesday 8 August 2012

Kemajuan Dan Pembangunan Di Pangkor

Dalam entry yang terdahulu saya telah menceritakan perihal burung enggang di Pangkor tetapi kali ini saya ingin menceritakan pembangunan di Pangkor. Semasa sampai di jeti Lumut terdapat banyak kemudahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya bazaar, gerai makanan, hotel dan sistem parkir bertingkat. Pembangunan yang berlaku ini menyebabkan Lumut menjadi lebih ceria dan lengkap dengan kemudahan untuk menjadi tempat memulakan perjalanan ke Pulau Pangkor.

Dengan kemudahan yang telah disediakan di jeti, pengunjung akan lebih mudah untuk memulakan perjalanan ke Pangkor. Bermula daripada jeti yang lengkap dan kemudahan feri yang disediakan dilihat dapat memberikan kepuasan dan suasana yang ceria dalam melalui perjalanan ke Pulau Pangkor. Setibanya di Pulau Pangkor, telah banyak pembaharuan dan kemudahan yang disediakan antaranya adalah pondok menunggu dan kemudahan Teksi untuk membawa penumpang ke destinasi yang ingin dijadikan tempat penginapan. Para pengunjung tidak perlu menunggu lama kerana terdapat lebih 150 buah teksi yang terdapat di Pangkor dan ini sangat memudahkan pengunjung untuk melawat di sekitar Pulau Pangkor.

Kemudahan yang disediakan ini bukan terhenti di situ sahaja tetapi di kawasan tepi pantai teluk nipah juga telah dilakukan pembangunan beberapa deretan bangunan di mana dibuka kedai-kedai makan, kedai cenderamata dan kemudahan bilik menukar pakaian. Jika dibandingkan dengan sekarang, pembangunan yang berlaku di Pangkor ini dilihat salah satu daripada usaha kerajaan untuk menarik minat pelancong dan meningkatkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Selain itu, sempat juga saya pergi ke perkampungan nelayan dan melihat sendiri bagaimana aktiviti yang dilakukan oleh para nelayan. Kemudahan jalan raya di sekitar pulau tersebut juga merupakan salah satu kemudahan asas yang paling utama bagi memudahkan perhubungan untuk ke tempat-tempat yang ingin dilawati. Sekian dulu untuk kali ini...



Rashid: Kemajuan yang ada pada hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin dalam membangunkan serta menyediakan kemudahan untuk dinikmati rakyat.

4 comments:

Anonymous said...

Benar kata sdr. Terdapat banyak perbezaan antara Pangkor 10 tahun dulu dan sekarang. Malah, pekan Lumut pun mengalami perubahan ketara.

Antara perubahan paling besar yang dapat dilihat di Pangkor ialah pembinaan bangunan kedai baru berhampiran terminal feri, yang menjadi tumpuan para pengunjung untuk membeli produk laut Pangkor. Kedai papan di situ sudah bertukar dengan kedai moden setelah mengalami kebakaran sedikit masa dulu. Di Teluk Nipah pula, tak ada lagi gerai lama yang tidak tersusun dan terjaga kebesihannya. Kini terdapat medan selera yang canggih dan bersih. Cuma, pantainya sedikit terjejas akibat pemnbinaan kedai-kedai baru ini. Apa boleh buat, pembangunan selalunya menuntut pengorbanan.

Oh ya, saya suka gambar feri yang berlabuh di jeti tu. Sungguh istimewa kan?.

-- BALANGLAMA

Rashid said...

Terima Ksh Sdr Balang Lama kerana sudi memberikan komen....Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini dapat memberi keselesaan kepada pegunjung di sana...Feri pn sekarang mkin canggih xseperti dahulu kerana pengalaman saya naik feri tersebut banyak pemandagan dan pengalaman yang di perolehi...

Anonymous said...

Kalau sdr pergi lagi ke Pangkor, jangan lupa naik bot untuk melawat pulau lain seperti Pulau Giam dan Pulau Mentagor yang berdekatan, sambil menghirup udara nyaman dan melihat ikan yang berenang di dalam air yang jernih. Kalau berani, boleh juga naik banana boat atau jet ski.

Bagi saya, pengalaman paling menarik di Pangkor ialah ketika duduk berehat di pantainya pada waktu malam dalam suasana damai dan bayu bertiup lembut. Sungguh shahdu. Lebih-lebih lagi kalau kita duduk bersama orang tersayang.

--Bujang Sarawak

Anonymous said...

Rasyid, kalau nak ke Pangkor lagi, bagi tau la melalui ruangan ni. Mana tau, kalau-kalau kita boleh pergi secara berkumpulan.

--Kawan UIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...