Followers

Tuesday 31 July 2012

Malaysia VS Arsenal

Sumber gambar dari Google.


Assalamulaikum.

Selasa 24 Julai 2012 berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arsenal. Rakan-rakan tengok tak? Berdebar Sofystella menantikannya. Maklumlah Arsenal Football Club merupakan kelab bola sepak Liga Perdana antara yang paling berjaya dalam bola sepak Inggeris.

Namun, Sofystella tidak menyangka pada minit yang ke-46 pemain posisi pertahanan iaitu Azmi Muslim berjaya membolosi gawang pihak lawan. Bangga Sofystella bila melihat gol pertama dijaringkan oleh Harimau Malaya. Menjadikan kedudukan perlawanan 1-0.

Sofystella berharap sangat Harimau Malaya akan dapat menjaringkan gol buat kali yang kedua tetapi tidak berhasil pula tendangan dari Safee Sali yang merupakan pemain posisi penyerang Malaysia.

Tapi pada minit yang terakhir, Arsenal berjaya membolosi gawang Malaysia. Dan akhirnya Malaysia terpaksa kalah ditangan Arsenal dengan keputusan 2-1. Sofystella tetap rasa bangga dengan pasukan Harimau Malaya kerana dapat mengawal pihak lawan iaitu Arsenal daripada bermaharajalela dalam perlawanan tersebut. 
  

Sofystella : Mungkin Harimau Malaya hilang fokus di saat akhir permainan. Tapi tak mengapa, Skuad Harimau Malaya perlu lebih garang, ngauummmm ! Best dengar lagu Selamanya Harimau Malaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...