Followers

Tuesday 31 July 2012

Berita Gembira !

Assalamualaikum rakan-rakan blog.

Kenapa senyum-senyum tu. Sofystella tahu makna senyuman itu, sebab dapat berita gembira dari Perdana Menteri kan !. Dato’ Seri Mohd. Najib telah pun mengumumkan pemberian Bonus Raya 2012 sebanyak setengah bulan gaji dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara kerajaan.


Semua penjawat awam akan menerima bayaran Bonus ini pada 9 ogos 2012. Meriahlah sikit raya nanti. Sofystella pun gembira kerana ibubapa Sofystella pun mendapat bonus. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan Negara.


Selain itu, dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lengkap.


Sofystella rasa pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini akan memberikan senyuman kepada anda semua dan inilah berita yang dinanti-nantikan.


Sofystella : Rasa macam nak tambah baju raya .
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...