Followers

Tuesday 10 July 2012

Kesihatan : Kencing Manis

Apakah Diabetes Mellitus?
  • Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
  • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
    • Diabetes Mellitus jenis 1
    • Diabetes Mellitus jenis 2
  • Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
Adakah penyakit ini sering berlaku?
  • Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
  • Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini.
Kanak-kanak obesiti

Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?
  • Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.
  • Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY)

Klik Sini Untuk Seterusnya

2 comments:

Tee said...

Kencing manis semakin serius di negara ini. Untuk mencegah, kita harus bersenam, ambil makanan yang sihat dan supplemen herba.

http://www.goodlifetimehealth.com/2012/06/triplex-ubat-semulajadi-kencing-manis.html

Luke said...

Good info, thanks atas perkongsian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...