Followers

Wednesday 11 July 2012

Kesihatan : Lemas

Pengenalan
Lemas senang berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala, murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang dewasa.

Tanda & gejala
Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran.
Komplikasi
Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.
Rawatan
Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Jika kanak-kanak tersebut tidak bernafas, mulakan langkah-langkah pertolongan cemas.

Semasa di hospital, kanak-kanak tersebut akan diperiksa untuk mengesan komplikasi. Penjagaan kanak-kanak bergantung kepada tahap keterukan ini termasuklah :
  • Terapi penafasan melalui bantuan oksigen
  • Mengurangkan tekanan dalam perut dengan menggunakan tiub bagi membolehkan paru-paru berkembang
  • Meningkatkan kandungan glukos dan oksigen di otak bagi mengurangkan kerosakan otak kekal
  • Rawatan-rawatan terhadap komplikasi yang lain

Klik Sini Untuk Seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...