Tengah CB tengok gambar-gambar dalam memory kad kamera CB, tiba-tiba ternampak pula gambar nasi kuning yang CB pernah buat dulu. Terus teringat nasi kuning yang dijual di kampung CB. Adui, sedapnya.
Nasi kuning ni salah satu makanan yang terkenal di Sabah. Dulu CB ada cerita fasal ambuyat,kan? Ambuyat tu memang susah mahu cari. Tapi nasi kuning ni senang didapati terutama waktu pagi.
Ibu CB selalu juga buatkan nasi kuning, tapi kalau yang dijual pun sedap sebab guna daun pisang sebagai alas. Sedap sangat!
Sebenarnya, nasi kuning ni buat daripada santan dan sikit warna kuning. Yang menjadikannya sedap ialah sambal ikannya. Selalu orang guna ikan tongkol dengan telur rebus.
Gambar nasi kuning yang dalam pinggan tu CB yang buat. Pertama kali masak nasi kuning, itulah hasilnya. Hehehehe. BC tak pandai masak bah. Gambar yang satu lagi tu macam yang selalu dijual di kedai-kedai.
Bah, kalau kamu datang Sabah, jangan lupa cuba nasi kuning. Kalau dapat beli yang beralaskan daun pisang tu, lagi bagus.
Cik Bibiran: Selalu orang ingat nasi kuning ni diperbuat daripada pulut padahal ia diperbuat daripada beras ja.
1 comment:
nsi kuning satu kemestian time2 kenduri bah ni...
Post a Comment