Satu lagi makanan kegemaran masyarakat Cina dalam Tahun Baru Cina. Dengan adanya kuil bakul yang sebegitu manis dalam sepanjang Tahun Baru Cina, ia menandakan kehidupan masyarakat Cina tersebut akan bertambah manis, gembira dan bahagia.
Warna Merah Sebagai Warna Dominan
Warna merah dan kuning akan diguna pakai sekiranya ia melibatkan peristiwa menggembirakan termasuk Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan, kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik. Apa-apa saja warna, warna merah akan diutamakan terlebihdahulu. Sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina, rumah mereka akan dihiasi dengan warna merah. Mengikut tradisi lama, masyarakat Cina dikehendaki memakai pakaian berwarna merah atau kuning pada hari pertama Tahun Baru Cina. Malah mereka dilarang sama sekali memakai pakaian orang mati atau pakaian gelap seperti hitam, biru tua, hitam-putih, hitam-biru tua, hitam-biru tua-putih dan biru tua-putih. Warna ini akan memberi makna simbolik yang negatif seperti mati, kemalangan, malapetaka dan sebagainya kepada masyarakat Cina sepanjang tahun. Tetapi, generasi muda pada zaman sekarang tidak lagi mengikut tradisi ini. Jadi, pastikan anda memakai pakaian cerah semasa mengunjungi rumah masyarakat Cina.
Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)
Ayat ini merupakan ayat yang wajib diucapkan semasa bertembung semasa Tahun Baru Cina. Tahukah apa maksudnya? Gong Xi bermaksud Selamat dan Fa Cai bermaksud Mengembangkan Kekayaan. Jadi, sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina sepanjang Tahun Baru Cina, ucaplah dulu Gong Xi Fa Cai kepada tuan punya rumah. Mereka mempercayai mereka akan dimurahkan rezeki dan kekayaan mereka dikembangkan sepanjang tahun tersebut.
Soon: Selamat Tahun Baru Cina buat semua teman dan ahli keluarga! Gong Xi Fa Cai
Soon: Selamat Tahun Baru Cina buat semua teman dan ahli keluarga! Gong Xi Fa Cai
No comments:
Post a Comment