Sumber: chongyz89.blogspot.com
Salam 1Malaysia buat semua rakan-rakan semoga beroleh kebahagian dan kesejahteraan sentiasa lebih-lebih lagi khas buat rakan-rakan berbangsa Tiong Hua kerana beberapa hari sahaja lagi mereka akan menyambut tahun baru cina. Tahun Baru Cina tahun ini merupakan tahun naga yang mana merupakan tahun tuah kepada masyarakat cina. Sebelum melakar dengan lebih jauh lagi terlebih dahulu PS Mubin dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih meriah dan gemilang.
Salam 1Malaysia buat semua rakan-rakan semoga beroleh kebahagian dan kesejahteraan sentiasa lebih-lebih lagi khas buat rakan-rakan berbangsa Tiong Hua kerana beberapa hari sahaja lagi mereka akan menyambut tahun baru cina. Tahun Baru Cina tahun ini merupakan tahun naga yang mana merupakan tahun tuah kepada masyarakat cina. Sebelum melakar dengan lebih jauh lagi terlebih dahulu PS Mubin dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih meriah dan gemilang.
Sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan salah perayaan yang terdapat di Malaysia dan merupakan perayaan kedua terbesar di negara ini selepas sambutan hari raya aidil fitri dan aidil adha. Melalui acara sambutan seperti ianya dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.
Kepelbagaian perayaan di Malaysia melambangkan kepelbagaian agama, budaya dan bahasa masyarakatnya yang berbilang kaum. Sungguhpun demikian, kesenjangan kepelbagaian itu dipersamakan melalui bahasa jiwa yang gembira dan semangat perayaan yang dikongsi bersama. Malaysia yang damai dan bertuah ini membolehkan kita merasai nikmat sebuah kehidupan dan anugerah sebuah perayaan yang bermakna tanpa sebarang kekangan, sama ada kita berada dalam limpahan kemewahan, kesederhanaan mahupun kemiskinan. Bayangkan mereka yang berada di ceruk lain di dunia ini yang tidak setuah kita, iaitu mereka yang dihimpit kemiskinan, kebuluran, peperangan, wabak penyakit, malapetaka, dan sebagainya yang berpanjangan. Perayaan adalah untuk memberi dan merasa. Perayaan adalah untuk dikongsi, saling mengisi dan melengkapi. Perayaan adalah untuk mengingati, menginsafi dan mensyukuri.
Melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti mana saranan Perdana Menteri kita untuk bersama-sama menyokong Gagasan 1 Malaysia. Kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia yang mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi dan melihat kegiatan perayaan di Malaysia. Semakin banyak pelancong yang akan mengunjungi tanah air kita ini akan menambah pendapatan negara yang digunakan untuk membangunkan negara kita ini.
PS Mubin merasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana terdapat pelbagai perayaan tradisi kaum di negara yang tercinta ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah terbuka kerana rumah terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung.
Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum diMalaysia dapat merealisasikan impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Melalui pelbagai perayaan,perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan.
PS Mubin: Kepada kaum Tiong Hua….diucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai). Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment