Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, setiap tahun akan mengikut putaran sistem zodiak Cina (十二生肖). Antara sistem zodiak Cina, zodiak naga sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua masyarakat Cina dan Tahun 2012 merupakan Tahun Naga. Ini disebabkan naga merupakan haiwan suci yang tidak boleh kelihatan di dunia dan ia merupakan haiwan kayangan yang hanya boleh dijumpai di Alam Syurga.
Tahukah anda? Masyarakat Cina menganggap tahun naga dipenuhi dengan tuah, suci, berkat dan mendatangkan sesuatu yang baik. Disebabkan itu, hanya maharaja dan dewa-dewi yang boleh memiliki naga. Ia jelas kelihatan pada pahatan dan gambar naga yang berada pada patung dan gambar dewa-dewi. Jadi, tidak hairanlah masyarakat Cina akan memilih tahun sedemikian untuk melahirkan anak dan menganjurkan peristiwa menggembirakan seperti perkahwinan bagi menambahkan tuah dan berkatnya. Bagi kelahiran anak, mereka percaya anak yang dilahirkan dalam tahun naga akan menyebabkan anak mereka mendapat kekayaan, tuah, berkat yang melimpah ruah dan aktif seperti naga serta menjadi pegawai berjawatan tinggi apabila mereka membesar kelak. Malah mereka juga sengaja menamakan anak mereka dengan perkataan naga (龙).
Amalan Tahun Baru Cina
Tinggal seminggu lebih lagi, masyarakat Cina sedunia akan menyambut Tahun Baru Cina. Bagi mereka, ia menandakan tahun baharu yang penuh dengan harapan baharu mengikut kalendar Cina. Tahukah anda? Apakah makanan atau buah-buahan terpenting dalam sambutan Tahun Baru Cina? Apakah warna yang menjadi dominan dalam masyarakat Cina? Tidak hairanlah buah-buahan, makanan dan warna yang akan saya jelaskan digunakan dalam semua perkara termasuk pakaian, pemujaan dewa-dewi dan sebagainya sepanjang Tahun Baru Cina.
Oren Mandarin (柑)
Oren Mandarin memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat Cina. Sambutan masyarakat Cina terhadap Tahun Cina dianggap tidak sah sekiranya tiada oren Mandarin. Jadi, kenapakah oren Mandarin dikatakan begitu penting? Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, oren Mandarin dianggap sebagai kekayaan, tuah dan berkat kepada seseorang. Tidak hairanlah sekiranya mereka mengunjungi saudara-mara dan rakan taulan dan menganjurkan rumah terbuka, oren Mandarin adalah wajib diberikan ataupun dihidangkan. Rasionalnya adalah saling pertukaran kekayaan, tuah dan berkat kepada seseorang. Oleh yang demikian, pastikan anda membawa oren Mandarin sekiranya melawat atau mengunjungi rumah masyarakat Cina. Bilangan oren Mandarin yang ideal adalah nombor ganjil. Elakkan daripada memberikan 4 biji oren Mandarin kerana masyarakat Cina mengaitkan perkataan 4 dengan mati iatu si (死) dan dipercayai kehidupan mereka dalam tahun tersebut akan dicemari dengan peristiwa menyedihkan seperti kematian, kemalangan dan sebagainya.
Soon: Ikuti sambungannya lagi esok,k. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment