Followers

Thursday, 8 December 2011

Persediaan Hadapi Banjir


Salam semua.. Post kali ni Mummy nak menyampaikan sedikit pesanan kepada semua mengenai langkah yang perlu diambil apabila kawasan anda dilanda banjir. Bila hujung tahun aje, kebanyakan kawasan dilanda hujan lebat tanpa henti. Bagi penduduk di sesetengah negeri seperti di Pantai Timur dan Utara, pasti anda sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir.

Apa kata, luangkan sedikit masa untuk dapatkan tips yang perlu diambil sebelum kawasan anda dilanda banjir ;
  1. Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
  2. Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
  3. Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa;
  4. Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
  5. Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
  6. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
  7. Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
  8. Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
  9. Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
  10. Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
  11. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.







Mummy : Post selepas ini Mummy akan kongsi tips untuk menghadapi banjir pulak ye! 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...