Ha, seperti yang kita tau, sekarang ni musim banjir. Ada kawasan yang sudah mula dinaiki air dan ada yang masih dalam keadaan selamat. Sini CB ingin berkongsi apa yang perlu kita buat SEBELUM berlakunya banjir.
Pertama, elakkan bina rumah di kawasan yang berisiko banjir. Kalau dah terbina tu, selalulah selenggara parit/longkang/saliran air supaya ndak tersumbat.
Kedua, simpan nombor-nombor penting seperti nombor telefon ahli keluarga, balai polis, bomba untuk digunakan ketika kecemasan serta simpan semua dokumen penting serta barang berharga di dalam beg/bekas yang kalis air di tempat yang tinggi dan mudah diambil.
Ketiga, jangan lupa stok air bersih! Simpan bekalan air di dalam botol untuk kegunaan memasak dan air minuman.
Seterusnya, ikat dengan ketat barang-barang yang di luar rumah seperti perabot taman, basikal untuk elak dari dihanyutkan banjir.
Kepada yang ada haiwan peliharaan, segeralah bawa ke kawasan yang selamat sebab haiwan memang tidak akan dibenarkan dibawa ke pusat pemindahan bagi aspek kebersihan dan kesihatan.
Dan yang paling penting, peka kepada keadaan sekeliling serta isyarat kecemasan. Kenal pasti kawasan yang selamat dan pusat pemindahan yang terdekat. Jangan lupa dapatkan maklumat terkini melalui TV, radio dan internet.
Buatlah persiapan awal sebab biasanya bila sudah ditimpa bencana, kita akan terus panik dan lupa apa yang perlu dilakukan, kan?
Cik Bibiran : walaupun CB tinggal apartment, tapi info macam ni mesti ambil tahu untuk pengetahuan bagi diri sendiri
No comments:
Post a Comment