Seperti CB katakan pada artikel lepas, kali ni CB akan berkongsi pula sedikit nasihat apa yang perlu kita lakukan ketika menghadapi bencana banjir.
Yang pertama, tolong pastikan semua suis elektrik dimatikan agar tidak berlaku kes renjatan elektrik. Air campur elektrik, uina, bahaya bah tu!
Kedua, jika sudah dapat arahan dari pihak berkuasa untuk berpindah, segeralah berpindah. Bawa yang penting saja seperti dokumen, pakaian, susu anak, ubat-ubatan dan lampu suluh. Janganlah sayang mo tinggalkan rumah tu sebab antara nyawa dan harta, nyawa jauh lagi penting dan tiada gantinya. Dan jangan lupa kunci rumah tau!
Ketiga, kalau sudah tau banjir, janganlah berdegil mahu memandu mengharungi air banjir sebab takut pula kereta kita yang akan hanyut oleh air deras.
Keempat, sekiranya terperangkap dalam banjir, segera hubungi pihak berkuasa untuk bantuan. Beritahu mereka di mana kedudukan anda masa tu.
Kelima, janganlah mo keluar rumah untuk main air banjir. Air banjir ndak sama dengan air hujan. Sekali dihanyutkan air banjir yang deras, nah, siapa yang susah?
Dan paling penting, jangan biarkan anak-anak kita bermain di kawasan banjir dan kawasan yang berbahaya seperti parit, longkang, tepi sungai dan saluran air.
Cik Bibiran : Sentiasa ikuti laporan terkini situasi banjir melalui radio, tv dan internet.
No comments:
Post a Comment