Followers

Tuesday, 13 December 2011

Pengalaman semasa banjir


Salam hormat….Pada penulisan kali ini rashid nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman mengalami banjir yang di hadapi dulu..Pada masa mula-mula balik ke kampung, hujan pun mula la turun dengan lebat. Tau-tau pagi air kat bawah rumah dah penuh dan tengok ade orang kampung yang dah mula pindahkan barang-barang termasuklah reban ayam mudah alihnya yang dipindahkan. Kesian pun ada jugak tengok kesejukan binatang ternakan tersebut dan tuanya pun lagi la kesejukan dan risau..

Dalam pada tu hujan masih juga lebat sehingga menyebabkan bekalan elektrik dan air telah terputus dan jalan perhubungan juga telah ditenggelami air. Akibatnya kami semua hidup dalam kegelapan dengan makan apa aje yang ade dalam rumah…Nasib la mase tu ade la simpanan makanan yang cukup untuk seisi keluarga dengan ade telur ayam kampung dan sardin itu pun dah bersyukur sangat-sangat.

Dalam pada itu sempat juga melihat di balai raya kampung yang menempatkan mangsa banjir. Di sini dapat melihat pelbagai ragam masyarakat yang tinggal di sana. Tetapi, pada masa ini la mereka akan dapat untuk kenal dengan lebih baik kerana sebelum ini kesempatan untuk bertemu adalah terhad disebabkan kesibukan masa bekerja.

Selain itu semangat gotong-royong yang ditunjukkan selepas banjir surut juga dapat dilihat di mana setiap orang bersama-sama membantu untuk membersihkan kawasan rumah yang telah melekat lumpur-lumpur…Itu la pengalaman yang dapat saya kongsikan dalam masa yang singkat ini. Pengalaman dalam waktu banjir ini benar-benar memberikan pengajaran bahawa pentingnya semangat bantu-membantu dan ambil berat sesama jiran. 

Sekian…

Rashid: Berhati-hati semasa banjir dan jangan biarkan anak-anak bermain air di luar tanpa pengawasan orang dewasa…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...