Followers

Wednesday 14 December 2011

Waspada Banjir Kilat

Bandar Kajang

Baru-baru ni kita dikejutkan banjir kilat di Kajang. Jentayu pun tak terkecuali merasa detik cemas banjir di Kajang kerana rumah Jentayu pun ada di Kajang, alhamdulillah penyewa bagitahu, rumah tak terkena banjir. Saper tak risau kan? Risaukan nyawa dan harta benda. Air terlalu cepat naik menyebabkan 70 peratus bandar Kajang ditenggelami air. Puncanya hujan tak berhenti-henti dari petang lagi. Faktor utama boleh jadi banjir sebegini rupa disebabkan sistem perparitan sangat kecil dan air tersumbat, itu yang menyebabkan air melimpah-ruah ke jalanraya. Pembuangan sampah sarap dalam parit   ni pun juga punca  tersumbat. Laluan air tidak lancar. Sampah sarap yang banyak menjadi air sungai lebih dalam sehingga melimpah melepasi tebing sungai.   Jalan raya di sekitar pekan kajang ditutup dan  dibuka apabila keadaan benar-benar selamat untuk dilalui. 


Jalan Tun Razak
Saper cakap KL tak banjir? Tengok.......Semalam sekali lagi banjir kilat berlaku di sekitar Perpustakaan Negara. Kawasan ini ditenggelami air hingga ke kawasan ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran. Ni bukan kawasan yang kerap banjir.
Hujan lebat selama lebih satu jam sejak pukul 4 petang itu menyebabkan air naik begitu cepat. Kesannya daripada banjir kilat ini, banyak kereta yang tersadai kerana rosak di tepi jalan. Jalan Tun Razak berlaku kesesakan yang teruk. Ramai yang terperangkap.
Bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter. Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air. (BERNAMA)
Hasil siasatan, punca berlaku banjir kilat di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya disebabkan  kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan.









Jentayu: Jangan buang sampah merata-rata, sebab sampah juga punca parit tersumbat. Jaga kebesihan di mana jua anda berada

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...