Followers

Thursday, 1 December 2011

Hati-Hati Sekarang Musim Banjir


Hai semua.  Aduh, sekarang ni kalau tengok berita, mesti pasal banjir.  Kesian CB tengok ramai yang rosak harta benda disebabkan banjir ni.  Perabot, katil, barang elektrik semua habis punah.

Bila CB tengok air ada yang mencecah paras dada, CB tergamam kejap.  Memang bahaya betul terutama untuk kanak-kanak.  Yalah, kanak-kanak ni mana tahu bahaya atau ndak. Bagi durang, air tu bersamaan dengan keseronokan. 

Jadi, bagi yang sudah bergelar ibu dan ayah tu, jangan leka.  Sila awasi anak-anak anda 24jam supaya durang ndak main air banjir.  Jangan sesekali biarkan durang main di kawasan banjir atau kawasan yang berbahaya seperti  tepi sungai dan parit. CB paling kesian dengar berita budak lemas di hanyut arus, budak hilang, apa-apa ja la pasal budak. 


Kalau sudah terima arahan pindah tu,  segeralah kemas barang-barang yang berharga sahaja dulu macam dokumen-dokumen penting dan pakaian.  Jangan lengahkan waktu sebab waktu-waktu bencana macam ni, setiap minit adalah berharga. 

Kepada mereka yang ditimpa musibah ini, CB doakan agar mereka semua selamat dan masalah banjir ini segera selesai.

Bah, CB off dulu.  Artikel akan datang CB akan kongsi sikit nasihat apabila menghadapi banjir. Bye semua.







Cik Bibiran :  Berdoa agar kita semua dijauhkan bencana dan mala-petaka.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...