Followers

Tuesday, 29 November 2011

BAJET 2012 : BERSYUKURLAH


Hai semua!  Apa khabar kamu? Sihat? CB harap semua sihat dan jaga kesihatan terutama musim sekarang yang ndak menentu ni.  Kejap hujan, kejap panas. 

Hari ini CB mahu bercerita sikit fasal Bajet 2012 yang diumumkan oleh PM kita pada 7 Oktober 2011 yang lalu.  Ada yang gembira, terkejut, terharu, sebak.  Pendek kata banyak ragamlah kita boleh tengok.

Tapi CB pelik, apalah yang kita mahu main ndak puas hati.  Kan Kerajaan sudah sedaya upaya mengurangkan beban rakyat.  Subsidi dikurangkan, bayaran kurikulum dimansuhkan, peruntukan bagi memperbaiki mutu hidup rakyat, memperbanyakkan perumahan yang mampu dibeli dan banyak lagi.

Kalau CB lah kan, CB sudah cukup bersyukur sebab yang penting Kerajaan masih ndak lupa sama kita.  Bagi CB, its better than nothing at all.  Cewah, CB speaking-speaking pula.

Pelajar, warga emas, usahawan bumiputera, keselamatan, sukan perumahan, kesihatan, penjawat awam, penduduk kawasan pedalaman dan ramai lagi dapat merasa nikmat Bajet 2012 ni.  Apa yang penting, kita sendiri pun haruslah sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk hidup yang lebih terjamin di masa depan.







CB: tunggu duit jatuh dari langit? Aduhai…..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...