Followers

Thursday, 24 November 2011

Suntikan Untuk Penggiat Sukan



Dalam belanjawan 2012 kerajaan telah memperuntukkan RM84 juta kepada penggiat sukan. Dengan adanya peruntukan ini, pelbagai program akan diadakan bagi mengasah bakat atlet muda untuk menjadi pelapis negara pada masa akan datang.  Peruntukan ini akan memartabatkan sukan negara.

Dalam arena sukan sekarang kita ketandusan pelapis, terutama untuk menggantikan nama-nama yang hebat di mata dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David. Sekarang pun dah jadi bualan rakyat Malaysia siapakah pengganti mereka nanti? Sudah ada ker bayangan siapa pengganti? Mesti kena ada kesinambungan.

Dengan adanya peruntukan RM84juta ini dapatlah mempertingkatkan prestasi atlet-atlet muda untuk melibatkan diri dalam sukan-sukan yang berprestasi tinggi seperti bola sepak, badminton, skuasy dan lain-lain lagi. Di samping itu juga peruntukan ini boleh melibatkan atlet-atlet ini untuk menyertai kejohanan di luar negara. Sekali gus menaikkan nama Malaysia di persada sukan dunia. Hebat!

“Satu Gelanggang Satu Mukim”. RM15 juta diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal tambahan. Golongan belia bolehlah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah daripada melepak membuang masa. Di samping itu, mereka boleh mengembangkan bakat mereka. Mana tau dengan peluang ini mereka boleh mengetengahkan bakat mereka. Daripada sekadar picisan jaguh kampung kepada jaguh dunia.
Selain itu, peruntukan tambahan RM50 juta bagi kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.

Pelbagai aktiviti sukan akan dianjurkan di gelanggang ini selaras dengan konsep sukan untuk semua. Pembinaan gelanggang ini akan meningkatkan aktiviti riadah mereka. Ini merupakan salah satu cara untuk mendekati kaum belia. Diharapkan golongan muda belia manfaatkan kemudahan-kemudahan ini.


Tidak terlambat untuk Jentayu mengucapkan tahniah kepada Harimau Muda. Harimau Muda mengaum dengan kemenangan 4-3 menentang Indonesia. Bertambah lagi kilauan emas untuk Malaysia









Jentayu: Dengan sukan juga boleh mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan semangat perpaduan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...