Followers

Friday 7 October 2011

Anak Lambat Bercakap II


 

Post yang lalu Mummy telah maklumkan mengenai tahap penguasaan bahasa anak mengikut usia. Mummy pasti ibu-ibu di luar sana sentiasa mengikuti perkembangan anak anda, dan tahu di tahap mana penguasaan bahasa anak anda.  Kali ini kita lihat pula tip atasi masalah anak lambat bercakap, sekiranya ia berlaku kepada anak-anak anda!

Faktor anak lambat bercakap

Menurut pakar, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap seperti faktor latar belakang keluarga. Faktor persekitaran juga banyak mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi si kecil. 

 Tip atasinya

1) Luangkan banyak masa untuk berkomunikasi dengan anak anda
Amalkan sejak dari bayi – bercakap, menyanyi dan galakkan tindak balas dengan pelbagai nada bunyi dari bibir anda.

2) Membaca untuk si kecil
Mulakannya seawal usia bayi enam bulan. Anda tidak perlu menghabiskan satu buku sekali gus, tetapi cukup dengan membaca sambil menunjuk gambar-gambar yang menarik. Cari buku cerita yang sesuai dengan gambar berwarna terang dan besar.

3) Galakkan setiap hari
Terus bercakap dan berkomunikasi dengan anak anda setiap hari walaupun mereka belum memahaminya. Galakkan mereka untuk cuba bercakap dengan menunjukkan benda-benda yang ada di sekitar seperti burung, pokok dan ajar mereka menyebutnya.

4) Elak ajuk bahasa bayi
Jangan sesekali menggunakan bahasa bayi atau pelat bayi ketika bercakap dengannya. Ia akan menyebabkan si kecil bercakap dengan bahasa yang salah, dan seterusnya dia akan terus pelat.

5) Dapatkan rawatan segera
Sekiranya si kecil masih tidak menunjukkan perkembangan positif, bawanya bertemu pakar untuk mengenal pasti adakah dia mengalami masalah kesihatan seperti pendengaran, masalah lembam atau sindrom slow learner.


 







Mummy: Bahagianya rumah dengan suara anak!

1 comment:

rusna wana said...

syukur alhamdulillah - anak seawal 2 tahun sudah petah bkata - dan pelat pun tiada...
Betul kata mummy - selalulah bacakan buku anak seawal 6 bulan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...