Followers

Tuesday 27 September 2011

Pulau Sipadan


Pulau Sipadan? Secara jujurnya Cik Bibiran pun sendiri tak pernah lagi datang ke pulau ni, tapi semua kawan yang sudah pergi ke sana pasti akan cakap Pulau Sipadan sangat cantik dan mahu pergi lagi ke sana.

Pulau yang diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar ini terletak berhampiran dengan Semporna, Sabah dan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. 


Pulau ini sudah semestinya terkenal sebagai pilihan tempat aktiviti menyelam skuba,  bukan di Malaysia, tetapi juga di dunia kerana alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam satu pengalaman yang sungguh indah dan penuh dengan kehidupan laut seperti Barracuda, penyu, pelbagai jenis ikan dan sebagainya.  Belum lagi termasuk  keindahan batu karang, rumpai, gua dan pelbagai lagi kehidupan bawah laut yang berwarna-warni.

Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

Bah, selepas ni Cik Bibiran pun mahu rancang satu percutian dengan ahli keluarga ke Pulau Sipadan untuk nikmati sendiri keajaiban dan keindahan pulau ini.  Terbayang-bayang sudah bercanda di tepian pantai, bukan berbikini tapi pakai kain batik.  Hehehehe. 











Bah, Cik Bibiran berhenti dulu di sini.  Jumpa lagi.  Bye!  

1 comment:

LuvTrisya said...

Cantik Pulau Sipadan. Alhamdulillah, dah sampai ke sana kerana menjalankan tugas rasmi beberapa tahun lepas. Sangat indah .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...