Assalamualaikum wbkt. dan selamat bertemu kembali buat rakan dan peminat setia rakan 1klik. Artikel kali ini PS Mubin membicarakan mengenai kepentingan menghargai masa.
Pepatah Arab ada mengatakan `Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu’.
Pepatah itu menyatakan betapa pentingnya masa dalam kehidupan seharian kita. Setiap insan mempunyai masa 24 jam sehari semalam. Namun ada di antara kita mengatakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengurus kehidupan sehingga banyak perkara yang tidak dapat dipenuhi. Setengahnya pula mempunyai masa yang cukup dan dapat memenuhi keperluan hidup dengan sempurna.
Kawan-kawan semua, sesungguhnya Allah telah mengingatkan bahawa manusia itu sentiasa berada dalam kerugian sekiranya manusia tidak bijak mengurus masa dengan baik dan menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Tetapi bagi mereka yang beriman dan beramal soleh akan sentiasa memperolehi keuntungan sama ada di dunia dan akhirat.
Justeru itu kita dituntut agar mempergunakan masa dengan amalan baik secara berterusan dan bukan hanya terhad di hari-hari dan bulan-bulan tertentu sahaja kerana amalan secara berterusan inilah yang amat digalakkan oleh islam.
Mudah-mudahan waktu yang sedang kita lalui ini dapat dimanfaatkan dan waktu yang bakal kita tempuhi di masa-masa akan datang dapat kita isi dengan perkara yang berfaedah antaranya sentiasa perbanyakan amal ibadah kepada Allah dengan ikhlas, manfaatkan masa dengan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara, sentiasa bersyukur kepada Allah disamping menjauhi perkara yang tidak berfaedah, sentiasa merancang, mengurus, memperuntukkan masa bagi perkara yang mendatangkan kebaikan dan banyak lagi amalan-amalan yang baik.
Marilah kita sama-sama menghargai masa kerana masa tidak akan menunggu kita. Ianya akan berlalu dan terus berlalu.
PS Mubin : Masa itu emas….
4 comments:
"demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian, melainkan yg beriman dan beramal soleh...."
Masa amat berharga - sedetik kita leka, akan membawa 1 impak yg besar...Emas ibarat emas..emas pun dh makin mahal / berharga..
Masa tak menunggu kita, kita yg harus mengejar masa...
*Masa ibarat emas..
GUNAKAN KESEMPATAN YANG MASIH DIBERI
MOGA KITA TAK MENYESAL
MASA USIA KITA JANGAN DISIAKAN
KERANA IA TIDAK AKAN KEMBALI
GUNAKAN KESEMPATAN YANG MASIH DIBERI
MOGA KITA TAK MENYESAL
MASA USIA KITA JANGAN DISIAKAN
KERANA IA TIDAK AKAN KEMBALI
Post a Comment