Pasukan bola sepak negara Harimau Malaya yang baru sahaja selesai melawan Singapura dalam menentukan pusingan ketiga untuk kempen Piala Dunia 2014. Sungguhpun tewas di tangan Singapura, kita dapat melihat semangat juang yang tinggi dan usaha yang berterusan daripada semua pemain skuad Harimau Malaya. Hal ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana pemain-permain negara berusaha bermati-matian untuk berlawan dengan Singapura walaupun mengalami defisit dua gol apabila tewas 5-3 semasa menentang Singapura di Stadium Jalan Besar minggu lalu. Stadium Bukit Jalil yang merupakan stadium yang dianggap bertuah untuk pasukan Harimau Malaya ini tidak mengecewakan kerana telah berjaya mendapatkan keputusan seri 1-1 dengan Singapura dengan corak permainan yang memberangsangkan.
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangga dengan pencapaian yang di perolehi kerana Malaysia sedang cuba untuk mencari rentak dan sentuhan yang berbisa bagi memperkemas skuad bola sepak negara pada masa akan datang. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada anak didik Datuk K. Rajagopal kerana beraksi dengan konsisten dalam hampir semua perlawanan yang dihadapi.
Justeru itu, sokongan daripada penyokong sendiri perlu diteruskan supaya skuad harapan negara ini dapat mencapai lebih banyak kemenangan dan penambahbaikan prestasi daripada setiap aspek yang telah dikenal pasti kelemahannya. Bagi skuad Harimau Malaya pula teruskan berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak negara.
1 comment:
aku bukan peminat tegar bola sepak - tapi sebab melayan minat suami dan anak, aku ikut je menonton di rumah...
Dan melupakan rancangan kegemaran aku bila ada perlawanan bola sepak sebab memberi laluan kepada minat anak2 dan suami..
Yg terkini, Tahniah kepada Harimau Malaya kerana bermain bersungguh2 (walaupu kalah kepada singapura) tapi atas kekuatan dan semangat, aku rasa Mereka memang yg terbaik malam itu.. Kemenangan di tangan singapura tapi aku tak suka tgk permainan dorang sebab macam byk trick pula...
Post a Comment