Followers

Friday, 5 August 2011

“LAN” (JOM) Pergi Serikin


Assalamualaikum…
Hai semua… sudah lama rasanya kita tidak bersua di ruangan 1-Klik ini. Bukan main rindunya, Cik Sally terhadap teman-teman semua.Jadi, untuk mengurangkan kerinduan di hati, Cik Sally mencuri sedikit waktu yang sentiasa berganjak ke depan ni untuk bersama kalian.
Kali ini, Cik Sally ingin mengajak semua untuk membeli-belah di Pasar Serikin yang terletak dalam Daerah Bau. Perjalanan dari Pekan Bau ke Serikin hanya mengambil masa dalam 15 ke 20 minit sahaja. Serikin ini merupakan perkampungan Bidayuh yang terletak di sempadan Sarawak dan Kalimantan Indonesia.
Setiap hari Sabtu danAhad, Kampung ini akan meriah dengan beraneka jenis barangan jualan. Ia beroperasi seawal jam 6.00 pagi lagi. Majoriti peniaga di sini terdiri daripada orang Indonesia dan sebahagian kecilnya rakyat tempatan. Barang jualan pula kebanyakannya buatan Indonesia. Murah dan menarik. Malahbagi yang bijak dalam bab tawar menawar ni pasti akan tersenyum lebar.
Serikin sememangnya begitu popular di kalangan kaki “shopping” bukan sahaja masyarakat tempatan tapi rakan-rakan dari Semenanjung dan Sabah. Biasanya jadual lawatan rakan-rakan kita ini tidak akan lengkap tanpa menjengah Pasar Serikin terlebih dahulu.
Lebih – lebih lagi menjelang raya ni pasti Pasar Serikin akan jadi lebih sesak dan padat dengan pengunjung yang berhajat membuat persiapan raya. Ada yang datang khusus untuk membeli oven untuk bakar biskut dan kek, telekung baru, selipar, bag tangan, kain sarong, langsir dan macam-macam lagilah. Pendek kata tak cukup tangan mejinjing bag plastik. Malah, ada juga yang datang dengan lori semata-mata nak beli perabot rotan. Semangatkan!
Apa pun Cik Sally nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua dan berbelanja tu biarlah berhemah. Bak kata orang “Kalah Membeli Menang Memakai”.


Cik Sally:  Sally tertarik kepada satu gerai yang menjual minuman…usaha sama anak-beranak katanya. Jadi nantikan Sally di keluaran akan datang.

7 comments:

rusna wana said...

kalau nak cari baju sulam, kain telekung, kain batik dan segala langsir, Pasar Serikin adalah tempatnya...
memang teruja apabila kesana, dengan harga yg murah dan berbaloi tapi kena lah pandai tawar menawar juga barulah dpt harga murah...

pCL said...

weii jauhnya, kena naik belon tu...

aqishah said...

selamat berpuasa juga..

kalo namanya shopping mesti memborong bayak.. kekekekeke

Wan_hazel said...

kak sal...waaa..lamak juak dah mek x g srikin eh..dah 2tahun dah..dolok slalu g ..mun nak g jak pergi time pg koz pat carik parking..ehehhe..

byk barang murah..kat sia jambatan jak membezakan indon ngn malaysia ooo..hehehe..ingat mek dolok..da org jual telur penyk ngn mek org..eehhe...beli juak lah mek tek..

asal nak beli tikar jak g lah sia oo...byk jak sia..sidak semenanjung mun mlancong kat sarawak senang2 lah g sia..brg semua murah..slua pun murah2..slipar pun murah..hehehe

amiraliyana said...

menarik gak.. tp jauh la..

selamat berpuasa cik sally..

Unknown said...

wah, perabot pon ada jual kat pasar tu yer? mesti besar kan kawasannya....dah macam2 jual:) nana dengar cerita cik sally je lah..nak pergi sana ntah bila...jauh....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Xpernah sampai lg..tingin gak nk cari kain telekung & baju sulam kat sini..dgr2 semua murah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...