Followers

Monday, 8 August 2011

Janganlah Mengharapkan Ganjaran Semata-Mata


Salam 1Malaysia semua.

Di kesempatan ini, Cikgu Bedah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat rakan-rakan 1Klik yang mengikuti Blog ini. Terima kasih lah atas sokongan anda semua yang tak henti-henti memberi komen yang membina dan jenguk-jenguk jugalah blog ini walaupun dah takde peraduan.

Bercakap fasal peraduan, Cikgu Bedah bukan apa, nak tegur sikit, ye lah kan, dalam pada kita ni berbuat sesuatu perkara, kadang-kadang mesti terfikirkan nak hadiah la, nak ada bonus la, tip la kononnya tanda penghargaan kepada apa yang kita buat tu. Tapi, sebenarnya, amalan ni, tak elok dipraktikkan. Itu sudah dikira tidak ikhlas. Tuhan marah, pahala pun tak dapat. Elok-elok dapat 100% dah tak dapat apa-apa langsung. Haa, siapa yang rugi? Diri sendiri juga, tuan-tuan. Jadi, eloklah, kita buat apa pun biarlah niatnya ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan sekalipun. Kalau ada ‘pun’, rezeki namanya. Alhamdulillah.

Samalah juga kalau kita berblog ni. Mungkin sebab nak masuk contest, nak dapat hadiah, banyak la orang berlumba-lumba beri komen dengan harapan menang. Bila peraduan dah tamat, tak perlulah nak teruskan usaha tu. Haish, perkara macam ni lah yang Cikgu Bedah pantang. Lagi-lagi pada murid-murid yang gemar lakukan sesuatu sebab nak kejar hadiah dan ganjaran. Bila takde ganjaran, tak nak buat kerja tu. Itu yang tak eloknya. Janganlah begitu ya kawan-kawan. Kalau amalkan sebegitu, alamatnya kat dunia ni takde apa lagi lah yang boleh dibuat melainkan kalau ada ganjaran. Takde lah lagi, bangunan pencakar langit, kerja-kerja kosong, guru-guru yang nak mengajar di sekolah lagi. Dah, semuanya kalau nak buat mesti ada ganjaran, macam mana,kan?

Jadi, bimbinglah diri kita, agar sentiasa menjadi insan yang setia dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan ganjaran dan balasan. Kepada semua murid-murid di luar sana, kalau nak lulus peperiksaan, janganlah sebab nak duit ke, nak handphone ke dan sebagainya, Tanamkan sifat ikhlas dalam diri kita. Kepada rakan-rakan 1KLIK pula, kalau takde peraduan pun takpe lah. Kekalkan sokongan anda dan sentiasa beri komen yang membina,ok! Jumpa lagi di lain hari.

 







Cikgu Bedah: Jaga Diri Hiasi Peribadi 

2 comments:

rusna wana said...

betul kata cikgu bedah :-)

aku sokong rakan 1Klik - bukan kerana hadiah semata2..

aku cuma ingin berkongsi idea, pendapat dan pandangan daripada kawan2 diluar sana.. mcam topik yg aku paling suka ialah topik isu pembuangan bayi, mendapat sambutan hangat dan mendapat komen daripada kawan2...

rusna wana said...

aku juga selalu berpesan kepada anak2 supaya apabila melakukan sesuatu hanya hanya tuk mendaptkan balasan, yg penting kita ikhlas melakukkannya..
contohnya: baru2 ini, anak lelaki aku kata,"mama, kalau abg dpt puasa penuh ada hadiah tak? sebab kawan abg kata mak dia akan bagi duit kalau dpt puasa penuh"
aku pun mjawab: "Mama tak ada nak bagi apa, tapi Allah akan bagi ganjaran yg paling banyak kalau abg dah start belajar berpuasa.."
Yang penting kita ikhlas melakukannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...