Followers

Monday, 1 August 2011

Percutian Di Seoul III


Seperti yang dijanjikan, MK menyambung cerita yang terdahulu..

 Al-kisahnya, MK dan adik MK bendera merah, jadi, kami masih di kedai makanan segera menjamu selera sebab tak nak beli dalam flight sebab harga makanannya mahal. Jadi, kami bersahur kenyang-kenyang. Selesai makan, kami semua pun bergerak ke kaunter check in sebab 40 minit lagi akan berlepas. MK pun dah salam semua insan-insan tersayang yang menghantar MK di LCCT. Ada mak MK, suami tercinta, 3 orang anak MK, sepupu MK, dah macam nak pergi menunaikan haji rasanya. MK dan adik MK bergegas ke Imigresen kerana takut terlambat. Sambil melampai-lambai menaiki eskalator hati kami penuh berbunga-bunga dan terbayang Korea yang indah dengan bunga dan winter sonata.


Cepatlah jalan, MK nak cuba auto check in. Al-maklumlah jakun sikit dengan teknologi moden ni. Hendak mengurangkan kerja pegawai Imigresen oleh kerana ada kemudahan teknologi e-pasport. Imbas jari dan keluar. Adik MK pun bersetuju. MK lepas dengan mudah. Tiba-tiba, adik MK tak lepas-lepas guna imbasan. Rosak agaknya, MK suruh dia manual check in di kaunter. Di kaunter, pegawai imigresen wanita tu cakap adik MK tak boleh ke luar negara kerana ada masalah.

Hahhh… masalah apalah pulak ni? MK dengan segera menghampiri pegawai imigresen berkenaan. Puan apa masalahnya? Flight kami dah nak berlepas ni. Beginilah cik, adik Puan memang tidak boleh ke luar negara kerana PTPTN tak bayar. Dalam sistem ini menyatakan adik Puan memang tidak boleh keluar.

Apa lagi, MK pun menjerit lah pada adik MK. Kau tak settle lagi ker PTPTN kau? Sudah… sudah… saya memang tidak ada hutang PTPTN. Beria-ia adik MK menjelaskan kepada pegawai berkenaan. Tahun lepas saya sudah bayar habis semuanya. Mana ada hutang lagi? Puas adik MK menjelaskan kepada pegawai berkenaan. Namun, pegawai berkenaan langsung tidak ambil peduli.

MK apa lagi campur tangan juga dalam hal ini. Cik Puan, saya juga pegawai Kerajaan, boleh tak saya berjumpa pegawai Puan dalam hal ini. Ya, boleh sila masuk ke dalam pejabat. Kami pun bergegas ke pejabat Imigresen berdekatan. Di situ kami melihat sistem imigresen dan nyata nama adik MK tidak dibenarkan keluar negara kerana PTPTN. Kami memaklumkan mungkin PTPTN tidak update senarai dalam sistem menyebabkan nama adik MK yang sudah habis bayar tahun lepas tidak dibenarkan keluar negara.

Persoalannya mengapa sekarang? Kenapa bulan lepas adik MK boleh keluar negara ke Bangkok dan Bandung? Kenapa sekarang? Bertalu-talu soalan disemukan kepada pegawai imigresen berkenaan. Saya tidak tahu, awak tanya PTPTN. Itu adalah jawapan yang diberikan. Pegawai berkenaan memberikan nombor hotline PTPTN walaupun dia sedar hari ini hari cuti. MK dengan segera mendail nombor hotline tersebut. Hampeh. Sengal bin Labu betul. Barulah MK terfikir hari ini cuti mana ada orang kerajaan kerja masa cuti Hari Wesak. Namun, jari MK terus mendail nombor berkenaan dengan penuh harapan. Kata nombor hotline mestilah tidak mengira waktu. Mestilah kerja 24 jam berkhidmat kepada pelanggan, walaupun hari cuti hotline mestilah ada orang yang menjawab…..

Encik, hotline PTPTN tak ada orang angkat terdengar jeritan seorang perempuan muda berbangsa cina di sebelah kami. Kecoh betul suasana di bilik ini. Rupanya, bukan adik MK seorang sahaja yang tidak boleh ke luar negara kerana masalah PTPTN. Lagi kesian budak ni kerana dia hanya balik bercuti di Malaysia dan apabila hendak kembali semula ke sana untuk menyambung belajar tidak boleh keluar. Meraung-raung budak ni. Walaupun tidak boleh berbahasa Mandarin namun, MK bolehlah faham akan semua cacian dan maki hamun nya.

Alkisah keputusannya, adik MK tetap tidak boleh keluar negara. MK dengan berat hati memeluk adik MK sekuat hati dan memintanya bersabar. Sabar dik. MK tahu adik tidak bersalah. Yang bersalah adalah sistem dia orang yang tidak update. Lepas akak balik kita saman dia orang balik. Kita tuntut hak kita. Kita suruh mereka bayar apa kesusahan kita. Jangan mengalah. Apa-apa pun akak akan telefon dari sana. Kau kejar PTPTN  Isnin ni. Mungkin bukan rezeki kau kali ini. Kuatkan semangat. MK terus berlari ke kapal terbang setelah nama dipanggil berkali-kali sambil berjujuran air mata meninggalkan adik MK yang teresak-esak menangis di tepi pegawai Imigresen. Masuk sahaja MK dalam perut pesawat pun menutup pintunya. Alamak baru MK teringat. Beg adik MK dalam ini pesawat. Kunci beg MK, duit Won semuanya ada pada adik MK. Aduhaiii malangnya nasib.

 






MK: Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Namun, kita mesti berusaha. Usaha  bersungguh-sungguh diiringi dengan doa. Insya-Allah. Nantikan Bahagian Ketiga: Percutian di Seoul: Kuatkan Semangat Jangan Mengalah Usaha Tangga Kejayaan.

10 comments:

Wan_hazel said...

salam kak MK..


waaa..malangnye nasib...tapi ada hikmah semua nya kan..bersahur kenyang2..dan plg malang bila pergi msa cuti wesak talian HOTLINE PTPTN tutup..

mungkin bukan jodoh adik MK utk ke sana..Nanti ada lah masa tu..Enjoy ur day kak MK..Tuhan dah ato semua tu..kita merancang dan Tuhan yang tentukan...

rusna wana said...

bestnya cerita MK ni...nk tergelak pun ada jugak..yg best, time ending tu..hehee..

"Masuk sahaja MK dalam perut pesawat pun menutup pintunya. Alamak baru MK teringat. Beg adik MK dalam ini pesawat. Kunci beg MK, duit Won semuanya ada pada adik MK. Aduhaiii malangnya nasib"

Tapi ini lah pengalaman kan, so, kepada sesiapa ada loan PTPTN tu, selesaikan dulu, seblum ke luar negara, nanti rugi, tak dapat pergi sebab imegresen dah blacklist nama...

Anonymous said...

emm..a bad beginning for a long journey...

nanakimie said...

adeh,nana pulak yang sedih ni...banyak betul halangan, sian adik MK...huhu.....tak sabar nak tunggu part seterusnya...

biasalah tu kan,dalam kesenangan pasti ada kesusahan,....eh, betul ke ayat nana neh:)

aqishah said...

ya allah kesian adik MK... apsal PTPTN blacklist org yg sudah berbayar? lainlah kalo x bayar langsung kan.. nanti jelaskan tau MK sbb curious nak tau gak..

sy pun masih lg berhutang ngan PTPTN tapi tiap2 bulan bayar tau... takut terkena pulak kan nanti kes naya.. huhuhuhu

amiraliyana said...

ya Allah sampai mcm tu.. slah sistem ni npa xupdate sistem.aishh kebetulan waktu nak pergi bercuti plak mmg spoil mood ja..

ermm mungkin kita patut check awal2 sama ada dah settle ptptn ni ke belum.. tp waktu tu mesti tak terpikir kan sebab dah bayar dah xpikir perkara cam ni akan berlaku..

tak pa la mungkin rezeki adik MK tiada kali ni.. lain kali lebih hebat rezekinya...:)

Wan_hazel said...

semua nya Tuhan dah atur...mungkin adik MK tak pergi tu sebab ade rezeki yg menunggu utk direbut...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam MK..syiannya kat adik MK..dah siap & teruja nk g tp masalah ngan PTPTN,pada yg lom bayar..beringat2lah!

◤därkspidєrz◥ said...

aduhai..sabar jela..

IntaNBerliaN said...

nape ptptn tak update yer.. alaa siannya xdapat pergi...

tu la, kita hanya mampu merancang,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...