Cik Rama-Rama ada terbaca satu entry di dalam blog yang menulis tentang perkataan “Terima Kasih”. Perkataan ini sememangnya simple tapi mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya. Ucapan terima kasih ini kita selalu ucapkan pada sesiapa yang telah member pertolongan kepada kita dalam sebarang bentuk. Secara automatik kita akan mengucapkan terima kasih.
Sebenarnya ucapan terima kasih itu boleh dilafazkan pada sesiapa sahaja. Bukan hanya tertumpu pada pertolongan. Jika kita dimarahi, kita juga perlu berterima kasih pada yang memarahi kita kerana dengan marah itu membuat kita berfikir akan kesalahan kita. Kita akan sedaya upaya memperbaiki kesalahan kita kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Peluang ini boleh diambil dengan memperbanyakkan muhasabah diri.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada orang yang telah menyakitkan hati kita kerana dengan perlakuan itu menjadikan kita seorang yang lebih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan kita. Kadang-kadang kehidupan kita akan menjadi lebih baik lagi selepas peristiwa itu.
Konklusinya ucapan terima kasih itu member makna yang mendalam. Anggaplah apa yang terjadi itu sebagai pengajaran buat kita. Secara tidak langsung ia membuat kita berfikir dan menjadi seorang yang matang. Pengalaman juga berupaya mendewasakan kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan seorang insan yang bergelar manusia.
Cik Rama-rama: Sesuatu yang terjadi itu ada hikmah di sebalik semua itu. Apa pun senyum dan teuskan kehidupan.
4 comments:
betul tu... terima kasih kerana mengingatkan...
Sentiasalah mengucapkan terima kasih - dan sentiasalah mengingatkn atau ajar anak2 sentiasa berterima kasih..
aqishah : kita perlu ingat-mengingatkan sesama kita..:)
rusha wana : melentur buluh biarlah dr rebungnye..:)
Post a Comment