Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan diucapkan kepada kawan-kawan semua. Pada tahun ini kita merasa amat bertuah kerana menyambut kemerdekaan dan hari raya secara serentak. Kebetulan pula pada minggu tersebut adalah minggu cuti sekolah. Ketiga-tiga pakej berlaku serentak dalam minggu tersebut. Kepada perantau di kota yang nak balik kampung berhati-hati di jalanraya, Ingatlah orang yang tersayang. Bagi PS Mubin balik kampung pada musim perayaan adalah satu kemestian. Macam mana dengan kesesakan lalu lintas? Soal kesesakan lalulintas tolak ke tepi. Kesesakan itu pasti berlaku. Kesabaran menuntut kita menghadapinya. Yang penting dapat beraya dengan keluarga dan sanak saudara.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut dua perayaan secara serentak iaitu sambutan hari kemerdekaan dan Hari Raya Aidil Fitri. Sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan disambut secara rasmi pada 16 September bersempena dengan sambutan Hari Malaysia bagi memberi ruang dan peluang kepada kita rakyat Malaysia khususnya yang beragama islam untuk menyambut hari raya aidil fitri. PS Mubin sarankan, sambil kita berhari raya jangan lupa kibar jalur gemilang.
Sesungguhnya kemerdekaan ini adalah satu nikmat Allah yang cukup berharga kepada kita semua. Harga yang terpaksa dibayar untuk mendapatkan kemerdekaan adalah terlalu mahal harganya. Nyawa, darah dan harta benda telah banyak dikorbankan demi kemerdekaan ini. Oleh itu wajib lah kita bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang besar ini. Sesungguhnya segala pembangunan dan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini adalah hasil dari nikmat kemerdekaan yang telah dicapai. Tanpa kemerdekaan yang dianugerahkan Allah ini sudah tentu segala yang ada pada hari ini tidak dapat kita nikmati. Begitu juga dengan sambutan hari kebesaran seperti sambutan hari raya yang bakal tiba. Tanpa sebuah negara yang merdeka tak mungkin kita dapat menyambutnya dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.
Ambillah iktibar dari negara-negara yang sedang bergolak ketika ini seperti di Timur Tengah. Bagaimana rutin kehidupan rakyatnya meneruskan kehidupan dalam situasi negara yang sedang bergolak..pergaduhan berlaku di sana sini, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dan macam-macam lagi.
Adalah diharapkan semoga keamanan yang kita kecapi ini akan berkekalan untuk selamanya. Oleh itu peranan kita amat penting untuk meneruskan kelangsungan ini. Perpaduan antara kita perlu diperkukuhkan meskipun tidak melalui tindakan namun cukuplah dengan ketulusan hati. Utamakanlah perpaduan kaum antara kita agar negara kita yang tercinta ini tidak menjadi mangsa anasir luar.
Hargailah kemerdekaan. Buktikanlah kita bangsa berjaya di mata dunia…..Untuk itu kita semua dituntut supaya sentiasa bersedia untuk berkorban dalam apa jua keadaan demi untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara dari dikhianati dan dicerobohi oleh mana-mana pihak sama ada daripada dalam dan luar. Dengan demikian nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi ini dapat dikekalkan dan dipertahankan sebagai warisan untuk generasi akan datang.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!..
`TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA’
PS MUBIN: Bersyukur kepadaNya kerana negara kita dilimpahi dengan nikmat keamanan dan rakyat hidup rukun damai ……. Jumpa lagi.
3 comments:
salam merdeka dan hari raya...
moga negara kita terus maju dan makmur
bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yg bertuah ni..
betapa susahnya pejuang2 bangsa kita dulu semata2 utk membebaskan negara kita daripada penjajahan...selama 54 tahun kita sudah MERDEKA - byk pembangunan yg telah kita kecapi - kita sebagai anak2 merdeka harus mengingati perjuangan ini..
Salam Merdeka - Salam Hari Raya Aidilfitri kepada PS MUBIN dan kawan2 1KLIK..
Selamat Hari Raya Rusna dan Aqishah. T.kasih atas komen anda
Post a Comment