Followers

Friday, 26 August 2011

Sambutan Raya (Part 1)



Atas permintaan khas dari rakan-rakan di 1Klik ni dan kebetulan pula mahu raya, CB pun buatlah dulu tajuk ni biarpun dah banyak story CB hantar ke admin.  Ndak apa, ni kira tajuk khas la kan sempena mo dekat-dekat sambutan Aidilfitri ni.

Kalau mahu tau, sebenarnya CB rasa sambutan raya di Sabah sama ja dengan sambutan raya di Semenanjung (CB rasalah).  Melalui pengalaman CB 28 tahun beraya, cewah, setiap awal pagi semua lelaki akan ke masjid dulu menunaikan solat raya.

Lepas dorang balik, perkara pertama yang wajib kami buat ialah sudah tentu bersalam-salaman dengan ahli keluarga.  Cium tangan suami, cium tangan Ibu, cium tangan ayah, dan bersalam dengan kakak-kakak CB.

Lepas tu, kami pergi ke kubur nenek dan atuk beramai-ramai.  Tapi dah dua tahun CB ndak berpeluang jejakkan kaki ke tanah kubur sebab mengandung. Lepas tu, kami start ziarah-menziarahi rumah keluarga.  Kalau CB, kami akan pergi ke rumah kakak sulung ibu CB. Di situ, kami semua akan berkumpul ramai-ramai sambil makan-makan walaupun dah kenyang makan di rumah tadi.

Lepas tu, kami balik ke rumah dan tunggu tetamu.  And raya kedua biasa baru kami pergi ke kampung belah ayah pula.  Bukan jauh. Dalam 20 minit, sampai.  Tapi, selalunya setiap tahun, kami hanya akan pergi ke dua tempat yang CB sebutkan tu ja.  Lain-lain, kami banyak di rumah, tunggu orang datang.  Kadang-kadang CB sudah macam bersilat di dapur sediakan minuman dan makanan  terutama kalau ramai tetamu datang serentak! Aduh, terasa mo tercabut kaki ni.

CB stop dulu di sini.  Nanti last part, CB cerita lagi more about raya di Sabah ya.  Bye!

 







Cik Bibiran:  Teringin mo makan sambal sate buatan Ibu….

3 comments:

rusna wana said...

bestnya braya bersma keluarga kan..? yg paling best - sessi ambil gambar family...hehee

aqishah said...

iya rindu mau raya d sabah... nda pa taun depan bru dapat beraya la.. huhuhuhu

d sabah kalo raya bhgn tawau ada satu nama spesel mknn wajib org bugis namanya buras.. lebih kurang mcm ketupat nasi la tapi lain sikit sbb dibalut ngan daun. buras ni bole dimakan dengan ayam masak merah ataupun rendang pun bole.. sedap gak

Wan_hazel said...

kak CB...selamat hari rya..Maaf maafan.kalau wan ade tersalah kata taw....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...