Followers

Friday 19 August 2011

Kuasa Media Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia.
 
Apo koba sahabat – sahabat 1klik sekalian? Alhamdulilah, ambo harap demo semua sihat sejahtera selalu dan kepada yang muslim, semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Bulan ini bulan yang penuh keberkatan, bersama – sama la kita menghayati dan memeriahkannya dengan ibadat. Dalam kita menikmati ketenangan di bulan Ramadhan Kareem tiba – tiba kita dikejutkan dengan berita mengenai rusuhan luar biasa di kota besar dan terkemuka dunia, London. Ambo, tak sangka begitu sekali  rakyatnya sanggup menghancurkan negara yang selama ini aman dan tenteram hanya kerana satu peristiwa polis tertembak seorang pemandu teksi dalam satu kejadian  berbalas tembakan pada 4 Ogos 2011. Pada mulanya mereka hanya membuat perarakan secara aman untuk menunjuk bantahan tetapi ia berubah kepada rusuhan yang teruk dan menghancurkan kota besar tersebut. 

Februari yang lepas kita dikejutkan dengan rusuhan di Mesir kerana rakyatnya tak puas hati dengan Presiden negara tersebut iaitu Hosni Mubarak. Rusuhan dilakukan secara besar – besaran dan telah melibatkan ribuan rakyat bersatu untuk menumbangkan kuasa pemerintahan negara tersebut. Rakyat Mesir merusuh kerana menuntut perubahan pimpinan yang korup dan beberapa isu undang – undang, hak milik awam dan juga politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, rasuah dalam pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihan raya. Begitu juga dengan isu pengangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan yang melampau.

Mesti demo semua pelik kenapa tiba – tiba ambo bercakap tentang dua negara besar dunia yang  mendapat musibah dari rusuhan rakyatnya. Apa kaitan isu ini dengan gajet yang selalu ambo berkongsi. Sebenarnya ambo nak mengajak anda semua berfikir seketika, apa yang menjadi penghubung antara rakyat itu semua sehingga mereka boleh bersatu untuk melakukan rusuhan pada masa yang sama dan dapat berkumpul seramai itu. Apa yang menjadikan mereka dapat menyatukan pendapat dan luahan perasaan mereka sehingga mereka menjadi kuat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Percaya kah demo semua, inilah kuasa media baru seperti Facebook, Twitter dan Blog. Walaupun media baru ini hanya salah satu dari teknologi alam maya tetapi peredaran zaman telah membuktikan bahawa laman sosial seperti ini makin berkuasa dalam mempengaruhi minda masyarakat dunia pada masa kini. 
Perkara inilah yang dikatakan kuasa alam maya. Laman maya sebegitu  mampu mengumpul kepercayaan  masyarakat dari seluruh dunia. Pemikiran segelintir kumpulan boleh menjadi pemimpin pendapat seterusnya menjadi kepercayaan masyarakat maka boleh membentuk aura positif mahu pun negatif. Jika laman sosial tersebut digunakan secara positif ia mampu membentuk masyarakat yang gemilang tapi sekiranya ia disalahgunakan ia boleh membentuk kuasa – kuasa rusuhan seperti di negara  Mesir dan London. Betapa berpengaruhnya kuasa media baru dalam kalangan masyarakat alaf baru. Jadi, ambo harap la, jangan ada sahabat – sahabat kita yang  menyalahgunakan media baru ini sebagai   tempat untuk mempengaruhi pemikiran kita yang tidak matang dan mengarah kepada yang negatif tetapi sebaliknya jika menggunakan laman sosial ini untuk sesuatu yang positif itu yang akan ambo sokong… kerana itu lah yang akan menjadikan diri kita yang terbaik





Nahaza: Kalau guna laman sosial untuk berdakwah, bersosial atau pun berniaga akan memberikan  kepuasan dan keuntungan kepada kita. Itulah yang terbaik!

4 comments:

rusna wana said...

Ya..saya setuju dengan pendapat NAHAZA tu..Fungsi Media adalah amat penting dan dalam sekelip mata boleh mempengaruhi orang ramai....
Media oh Media..macam2 kita boleh dapat daripadanya..macam baru2 ini, perarakan BERSIH 2.0 yg telah dilancarkan pun, banyak menggunakan Media, sebab itulah berita ini cepat tercepat contohnya melalui Facebook, Twitter dll..

Unknown said...

betul tu sis nahaza.yang penting gunakan laman web sosial kita dengan sebaiknya...jngn mudah terpengaruh dengan benda2 yang tidak berfaedah..

Wan_hazel said...

fitnah dunia semkin berluasa...

aqishah said...

betul tu terkejut tetiba negara besar mcm london jadi medan rusuhan... hurm komunikasi dan media mmg memainkan peranan besar.. nasib baik malaysia mampu mengawal semasa perhimpunan bersih ari tu.. tu sbb sume kerjasama dan sekatan polis dan peranan media serta suratkabar...kalo x mungkinkah nasib kita sama seperti mereka juga?.. hope jgnler musnahkan keamanan negara kita yer.. sbb banyak buruk dr baiknyer.. sama2lah kita berfikir yg baik2 sajer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...