Followers

Thursday, 18 August 2011

Kesan Ke Atas Keluarga Terhadap Fenomena Keruntuhan Akhlak



Seperti yang dijanjikan terdahulu, saya menyambung penulisan saya dengan kesan keruntuhan akhlak kepada keluarga.


Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata – kata hikmah bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar keatas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.  Antara kesan yang akan berlaku akibat  terhadap institusi kekeluargaan ialah:

  • Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat daripada perbuatan seperti berjudi, meminum minuman keras, zina dan sebagainya akan mengundang pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan sesuatu institusi akan hancur. Tiada lagi wujudnya kebahagian dan keharmonian dalam institusi keluarga berkenaan.  Keharmonian dalam kekeluargaan tidak akan wujud  andainya perbuataan seperti maksiat dan penzinaan  berleluasa.
  • Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian. Penceraian pastinya akan berlaku kerana keharmonian dan kebahagian rumahtangga tidak dapat dipertahankan lagi. Rumah tidak dianggap sebagai tempat untuk mendatangkan kedamaian tetapi lebih kepada satu tempat yang membosankan. Kiranya kebahagian tidak wujud lagi maka penceraian akan terjadi dan pastinya ia tidak dapat dielakkan.
  • Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. Kehidupan anak-anak akan menjadi tidak ceria. Permasalahan ini akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pada masa hadapan anak-anak ini. Generasi akan datang akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar kerana kurangnya kebahagian dan kasih sayang yang dikecapi dalam institusi kekeluargaan. Anak – anak akan mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah yang dihadapi bagi menempiaskan kasih sayang mereka agar segala masalah mereka dapat dikongsi bersama-sama contohnya kepada rakan-rakan, guru-guru, orang gaji, jiran-jiran dan sebagainya.
  • Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain. Hal ini akan menyebabkan kadar jenaya di negara kita akan meningkat. Kesan jangka panjang ini akan menyebabkan keharmonian dalam keluarga  akan hilang.


Hbb jutawan: Nantikan kesan kepada masyarakat pula.

4 comments:

Anonymous said...

sangatlah kesian kepada anak2 kalau sesuatu terjadi kat rumah tangga tu kan...

menjadi ibubapa bukannya perkara mudah...kalau la tiada komitmen dalam menjalani alam keluarga keruntuhan institusi keluarga la jawabnya,,,akhirnya anak-anak jadi mangsa...

masalah kepada negara juga jika situasi sebegini berlanjutan...
kalau remaja semakin murung bagaimana mereka nak mentadbir satu hari nanti =)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?47c8fa5b07d0c18a060203ff16fb9f34

rusna wana said...

Keluarga yg baik adalah daripada keturunan yg baik..betul ke..?
ada betulnya juga tapi pada pandangan saya, didikan agama yg sempurna, nasihat yg baik daripada ibu bapa adalah tunjang kepada baiknya kelakukan akhlak anak-anak itu ...
Memang tidak dapat dinafikan, keluarga yg bercerai berai, anak2 akan terabai dan mereka pun memberontak..dan macam2lah permasalahan yg berlaku seperti yag HBB JUTAWAN nyatakan...cuma disini, saya nak bagi pandangan supaya si ibu dan keluarga si ibu memberi nasihat kepada anak2 daripada mangsa perceraian ini..contohnya; nenek / datuk / mak saudara/ bapa saudara memberi nasihat kepada anak ini @curahkan kasih sayang ..barulah mereka tidak rasa tersisih @ dipinggirkan..
Jka mereka ada kasih sayang, perhatian , nasihat dan tunjuk ajar saya percaya mereka juga mampu berjaya, suksess di masa hadapan wallaupun ibu bapa mereka telah bercerai..

Unknown said...

bila dah sesebuah keluarga tu berpecah, contohnya mak ayah bercerai..memang banyak kesan yang mendatang. sebolehnya berbincang elok-elok masalah keluarga. tak perlu dihebohkan dan mintak perhatian media seperti yang banyak berlaku sekarang ni. tapi, kalau dah takde persefahaman nak buat macam mana kan. yang penting anak-anak jangan diabaikan. berikan mereka kasih sayang yang sepenuhnya. lebih2 lagi anak2 kecil yang tidak mengerti apa-apa.

kpopfan said...

Terima kasih kerana membuat post ini. Saya memang memerlukan isi kandungan ini untuk membuat folio. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...