Followers

Friday 5 August 2011

Jordan – Bumi Para Anbia’

Saya memang minat program TV ‘Jejak Rasul.  Sejak lama dulu, saya teringin  nak melihat sendiri tempat-tempat bersejarah para Anbia’(Nabi) yang pernah dipaparkan oleh TV3. Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan apabila kami berpeluang untuk ke Jordan.


Surah Al Kahfi memang tidak asing lagi bagi umat Islam. Rupa-rupanya, Gua Ar Raqim yang  disebut dalam Surah tersebut cuma 15 km saja dari bandar Amman. Bayangkanlah betapa terujanya saya untuk melihat sendiri Cave of the Seven Sleepers. Di situlah Ashabul Kahfi atau Ahli Gua terdiri dari tujuh orang pemuda beriman dan anjing mereka bersembunyi ketika diburu oleh tentera Raja. Di dalam gua tersebut, kita dapat lihat bongkah-bongkah batu berbentuk empat segi, ia itu tempat pembaringan mereka, tulang-tulang yang dah hancur dan lubang saluran udara. Meremang bulu roma saya ketika pertama kali menjejakkan kaki di gua tersebut! Maklumlah kita dah tahu cerita mereka dalam Surah Al Kahfi.


Kalau berkunjung ke Jordan tak sah kalau tak melawat Laut Mati atau Dead Sea,  the lowest point on earth. Ianya  terletak sejauh 43 km dari Amman.  Air lautnya terlalu masin! Air dan lumpurnya digunakan untuk merawat penyakit kulit dan dijadikan bahan-bahan kosmetik untuk kelihatan awet muda!  Sesiapa yang bermandi-manda di Laut Mati InsyaAllah, tak akan tenggelam sebab kandungan garamnya yang luar biasa.  Saya akui saya tak tahu berenang. No problem! Kita akan terapung aja. Bestnya! Tak perlu pakai pelampung pun. Awas! Jangan sampai air nya termasuk mata, pedihnya bukan kepalang.

Menyingkap sejarah  kaum Nabi Luth a.s., perbuatan keji mereka akhirnya mengundang kemurkaan Allah S.W.T.  Bumi tersebut diterbalikkan dan akhirnya menjadi Laut Mati. Saya difahamkan bahawa penduduk-penduduk Jordan tak berminat langsung untuk bermandi-manda  di Laut Mati kerana bagi mereka tempat itu  adalah tempat sumpahan Yang Maha Esa. Malah saya terkejut apabila mengetahui ramai antara rakan-rakan Jordan saya yang tak pernah pergi ke Laut Mati.
Berhampiran dengan Laut Mati pula ialah Mount Nebo.  Mount Nebo adalah satu kawasan pergunungan di mana Nabi Musa a.s. pernah bermastautin satu ketika dulu. Di puncak gunung itu, terdapat sebuah gereja dan di belakang gereja itu  terdapat  satu replika  tongkat gergasi dan replika ular yang melilitnya.  Apakah peristiwa Nabi Musa a.s. menghentak tongkatnya lalu bertukar menjadi ular berlaku di gunung tersebut? Wallahualam.

Salah satu dari the new Seven Wonders of the World, ialah Petra (di selatan Jordan). Di Petra  terdapat sebuah kota purba yang diukir dari gunung batu. Hebat kan? Untuk ke kota tersebut khususnya ke Al Khazneh (Khazanah), kami perlu berjalan kaki atau naik kereta kuda sejauh lebih satu km melalui celah-celah lorong kecil gunung batu yang digelar Siq.

Pasti ramai masih ingat dengan filem Hollywood, ‘Indiana Jones and the Last Crusade ‘ terbitan tahun 1989, yang  dibintangi  oleh Harrison Ford dan Sean Connery. Sebahagian penggambaran filem tersebut dilakukan di Al Khazneh, Petra.  Sebagai makluman, Makam Nabi Harun a.s. terdapat di kawasan pergunungan di Petra.



Makam-makam Nabi yang sempat kami lawati ialah, Makam Nabi Shuib a.s. dan Makam Nabi Yushak a.s., anak kepada Nabi Nun a.s. Makam Nabi Yushak  a.s. yang berukuran sepanjang 20 kaki dicatat sebagai   Makam yang terpanjang di dunia.








JMJ:  Nantikan sambungan tempat bersejarah para syuhada’dan lain-lainnya di Jordan. 

7 comments:

rusna wana said...

Bumi Jordan penuh sejarah ..
Jika ada peluang, Insyallah akan kesana menyingkap sejarah para Anbia... menyingkap sejarah Para nabi yg boleh menginsafkan kita..
Tengoklah, laut mati - itulah kebesaran daripada Allah SWT..

aqishah said...

jika diberi peluang mmg ingin ke sana.. mudah2an d beri kesempatan. teruja rasa nak gi laut mati tu... mmg terlalu masin sgt ker?..

Wan_hazel said...

banyaknya sejarah di dbumi jordon..Insya Allah kalau ada rezeki dan umur pjg nak jak fmlly ke sana gak.

Anonymous said...

the Dead sea sounds like fun. :D

amiraliyana said...

bestnya JMJ dpt prgi sna.. mmg teringin jgk nak pergi sana..insyaAllah satu hari nnti..

Unknown said...

seronoknya nana baca entry sis..tak tergambar keindahan di bumi para Anbia...memang banyak sangat tempat2 sejarah para nabi.......nana tunggu entry tempat2 bersejarah yang seterusnya....:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Mmg Jordan penuh dgn kisah2 yg sungguh menakjubkn!..bukti kekuasaan ALLAH tiada tandingnya...hayatilh,pasti akan menginsafkn kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...