Followers

Friday, 5 August 2011

Petaka Angkara Facebook Dan Sms


Di samping pelbagai kemudahan yang dinikmati oleh manusia melalui penciptaan teknologi komunikasi maklumat (ICT), namun banyak juga cerita tidak baik yang kita dengar akibat penyalahgunaan kemudahan Internet dan media sosial seperti e-mail, facebook dan sms. Ini termasuk  penipuan, fitnah dan sebagainya.

Melalui ruangan ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca kisah dua kenalan saya yang menerima padah akibat kecuaian dan tersilap langkah dalam menggunakan Facebook dan SMS.

Kenalan saya yang pertama menerima padah akibat tersilap langkah dalam menggunakan telefon bimbit dan kemudahan SMS. Episod malang dalam kehidupan lelaki ini bermula apabila isterinya menjawab panggilan telefon daripada seorang wanita ketika sisuami berada di bilik mandi. Sejak kejadian itu, siisteri mula mengesyaki suaminya bermain kayu tiga walaupun hal itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh lelaki berkenaan. Bagaimanapun, rahsia kecurangan kenalan saya ini terbongkar juga akhirnya apabila si isteri menunjukkan kepadanya mesej cinta kiriman wanita berkenaan yang diforwardkan ke telefon bimbitnya (si isteri) secara senyap-senyap daripada telefon bimbit suaminya. Setelah lebih kurang dua tahun dilanda badai, akhirnya pasangan suami isteri itu bercerai dan runtuhlah rumah tangga yang telah mereka bina selama lebih 25 tahun.


Seorang lagi kenalan saya mengalami masalah daripada segi kerjaya apabila catatan melalui Facebook yang dikirimkan kepada rakan-rakannya dibaca oleh bosnya. Dalam catatan laman sosial itu, lelaki berkenaan sering menceritakan tentang aktiviti sosial yang dilakukannya, termasuk ketika dia sepatutnya berada di tempat kerja. Selain itu, dia juga memperlekeh beberapa rakan sekerja yang tidak sekepala dengannya dan mengutuk bosnya, yang pada anggapannya tidak layak menduduki jawatan yang disandangnya.

Apabila catatannya itu turut dibaca oleh rakan sepejabat yang menjadi mangsa cemuhannya, maka perbuatan lelaki ini diadukan kepada bos mereka. Akibatnya, dia dikenakan tindakan yang akhirnya membawa kepada penyingkiran daripada jawatan yang disandangnya. Kini, lelaki terbabit saya yang beranak lima, berusaha mencari pekerjaan baru dan memandangkan Ramadan serta Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi, maka tidak sukar untuk kita membayangkan kekusutan fikiran yang dialaminya.

Semoga dua kisah kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua dalam mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini.


BALANGLAMA: Ada bermacam jenis kawan, termasuk yang suka makan kawan.

6 comments:

rusna wana said...

wow - kisah si suami curang...walau sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...
Atas kecanggihan ICT, si suami bermain cinta dgn perempuan lain..
So, berhati2 dngan cinta ICT dizaman serba canggih ini..

aqishah said...

FB mmg membawa keburukan kalo disalah guna.. tak perlu nak update status sgt kerana benda tu tak penting pun..

kekdng mcm nak menunjuk pun ado.. bole jadi org meluat dan mengumpat anda... selain itu ia turut mendedahkan diri anda d dlm bahaya dan ibarat membuka pekung d dada


apapun tepuk dada tanya selera...

kawan mmg ramai tapi sahabat sejati sukar d cari

Wan_hazel said...

skang nie era dah modern..semua dah celik IT..budak2 pun dah celik IT..bila tgk status FB da org..pergh..kecil2 pun dah bcinta...hm...

amiraliyana said...

erm.. mmg kalau di salahgunakan fb ni boleh jd mcm2.. tk sangka berlaku jugak di ngara kita selalu dengar kat luar ngara ja..

kisah yg kedua tu sedih la sbb kwn mkn kwn.. terus prgi cita kt bos.. apa salahnya nasihat dulu dia jgn dok tulis kat fb.. sian dah hilang kerja nak kena tggung anak isteri plak..

nanakimie said...

memang ada jugak dengar orang cakap facebook neh lah punca ramai orang bercerai fitnah apa semua..bukan takat tu je , terbaru neh sampai sanggup bunuh-membunuh.puncanya kata-kata kesat yang dilemparkan dalam laman facebook,

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Kdg2 barabg2 elektronok nie mmg memudaratkn & ada yg menjurus ke baikkan...maka tepuk dada tanya selera...
Agak2 klu xpakai HP..mesti org kata kita jakun..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...