Pada kali ini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang manusia yang merupakan seorang yang paling besar dan tinggi di muka bumi. Auj ini diberikan kelebihan oleh Allah dengan umur yang sangat panjang sehingga 4500 tahun. Ketinggian nya pula di khabarkan bahawa air banjir yang menenggelamkan dunia pada zaman Nabi Nuh a.s tidak melepasi buku lali nya atau lututnya. Di sini memperlihatkan kebesaran Allah dalam menciptakan seorang manusia yang bertubuh besar dan tinggi sedangkan kedua ibu dan bapanya hanya mempunyai ketinggian seperti manusia biasa pada zaman itu.
Ada yang mengatakan dia tinggal di gunung dan jika dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Sekiranya dia marah atas sesebuah negeri atau kampung, maka dia akan kencing di negeri tersebut dan menyebabkan penduduk negeri itu tenggelam di dalam banjir air kencingnya.
Keadaan ini menyebabkan Auj menjadi sombong dan bongkak dengan kekuatannya semasa Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka Auj berhasrat hendak membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian Auj datang untuk melihat tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mengangkat gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Semasa Auj dalam perjalanan untuk mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud membawa membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh Auj sehingga sampai ke tengkuknya. Auj tidak sanggup kehilangan berlian itu, dan akhirnya Auj binasa disebabkan batu berlian itu disamping Nabi Musa yang mempunyai ketinggian empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta memukul Auj dengan tongkatnya dengan tepat mengenai matanya. Dengan itu rebah lah Auj dengan kehendak Allah dan ini menunjukkan bahawa seberapa hebat dan gagahnya seseorang itu, mereka tidak dapat lari daripada kematian.
Rashid: Sesungguhnya kita manusia adalah sangat lemah dan kerdil di sisi Allah kerana Allah yang Maha Berkuasa
3 comments:
betapa hebatnya si Auj ni kan, tapi kehebatan dia telah membuatkan dia sombong dan angkuh..
Nah tengok, sebab dia telah angkuh dan sanggup membinasakan kaum nabi Musa, maka Allah telah membinasakannya juga..
Betapa hebat dan gagahnya dia, tapi dia tidak akan lari daripada kematian yg pasti..
Apalah gunanya kehebatan yg kita ada jika kita salah gunakan dan angkuh serta sombong atas kehebatan itu..
Allah dalam sekelip mata boleh menarik balik kelebihan atau kehebatn yg kita ada...
Btl tu rusna sb setiap ape yg dianugerahkan kepada kita tu perlu untuk disyukuri dan dihargai dengan membuat kebaikan sesama manusia bagi mendapatkan keredhaan allah....jangan lah kita sombong dan takbur kerana setiap yang ada dimuka bumiini hanyalah bersifat sementara....
Wow besarnye ciptaan Allah.. ttp yg silapnye mahluk yg diciptakn angkuh.. dan sombong mmg sepatutnya Allah menarik semula..
Post a Comment