Followers

Thursday 11 August 2011

Bagaimana Nak Kulit Cantik?


Semua orang nak cantik. Sanggup berhabis duit beratus-ratus dan beribu-ribu untuk nampak cantik. Pantang ada tak kena sikit kat muka, mula la fikir nak beli itu ini. Produk kecantikan lak mahal-mahal sekarang. Ada yang pakai MAC, SKII, Estee Lauder dan macam-macam la. Ada gak produk yang memerlukan pengelupasan..ha..ha..ha muka dah macam udang kena bakor. Baiklah kita simpan duit tu dari beli produk yang mahal-mahal, sebab apa tau, kerana produk mahal tidak menampakkan anda cantik pun malah nampak murah jika dikenakan pada kulit kasar, berminyak patah lagi berparut. Kan jadi cam tepung gomak lak….

Selain itu nak cantik bukan bergantung pada produk luaran sahaja. Cantik tu kan subjektif. Jentayu nak kongsi la beberapa petua untuk kulit sihat. Pertamanya, of course la minum air putih secukupnya. Kulit memerlukan banyak air untuk memastikan kesihatan dan kelembapan kulit sentiasa terpelihara. Keduanya, “Cellulose Carbohydrate” iaitu makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran. Ia dapat membantu memperbaiki kompleksi kulit.



Ketiga, Vitamin A seperti lobak merah, brokoli dan apricot. Ia berfungsi untuk memulihkan tisu kulit. Kalau takut kulit cepat kedut kena banyakan makan Vitamin A. Keempat Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, kubis dan tamato. Ia membantu mengekalkan keanjalan kulit. Tak payah nak botox, cucuk sana sini. Salah cocok baru tau. Kelima ialah Vitamin E. Vitamin E adalah untuk meneutralkan kesan radikal bebas. Senang citer antioksidan. Radikal bebas ni bahaya tau sebab dia mudah diserang penyakit penuaan. Semua orang nak nampak muda kan??? Zink juga penting ….sebab zink menghasilkan kolegen dan elastin. Nak kulit tegang ambillah zink. Jentayu amalkan vitamin ACE di samping makan gak sumber-sumber semula jadi ini.
















Jentayu: Jangan lak nak amik  jalan pintas, just amik vitamin, krim, losyen sajer, pemakanan perlulah seimbang dan berkhasiat.

3 comments:

rusna wana said...

mesti kulit cik jentayu, cantik, gebu dan menawan..hehe..
Kulit muka sy dulu berjerawat tapi sekarang dah ok sebab sy mengamalkan cara2 pemakanan yg betul..lebihkan makanan berserat tinggi dan buah2an..kurangkn makanan berminyak, lemak dan santan..

Wan_hazel said...

Wan kalau produk2 nie slow sikit lah..pakai sabun je..ehehhe...brwhuduk lah utk kecantekan dan awet muda

Unknown said...

aahkan sis rusna wana...mesti cik jentayu cantik jelita:) thanks for sharing tips2 tu cik jentayu! nana dulu ada jugak lar try produk simply siti. mahal lar bagi nana yang masih belajar neh. hehe....beli pon sebab siti punya pasal..last2 pakai cream dia je...yang laen semua tak pakai,rugi je kan:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...