Followers

Tuesday 5 July 2011

Pantang Larang di Bumi Eropah



‘Nak flush toilet di tengah malam pun tak boleh,’ rungut sahabat saya yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di Brussels (Belgium). Menurut beliau kalau ada sesiapa yang sakit perut di tengah malam, mereka kena keluar cari tandas awam! Kesiannya! Apa kan daya, sudah begitu peraturannya bagi para penghuni apartmen di sana, terpaksalah akur.

Lain pula kisahnya dengan rakan saya di London. Pada satu hari, beliau bakar belacan di dapur,alih-alih, anggota-anggota Balai Bomba London datang untuk menyiasat, kerana pihak Bomba menerima aduan dari jirannya yang mengadu terhidu bau ‘gas beracun’! Puaslah kawan kami tu cuba terangkan kepada mereka bahawa  ‘gas beracun’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah bau belacan yang dibakarnya di atas dapur. Tergelak anggota bomba orang putih tu dibuatnya. ‘False alarm’, kata mereka.

Sejak dari peristiwa tersebut, beliau tak berani bakar belacan lagi untuk menghormati jiran-tetangganya. Terpaksalah berkorban untuk tak makan sambal belacan!

Seorang pegawai Kedutaan kami di Vienna (Austria), turut mempunyai pengalaman yang sama, cuma kali ini bukan angkara belacan yang dibakar, tetapi, durian, yang sempat ibunya smuggle dari Malaysia. Pihak bomba di Vienna, tidak pernah tengok buah durian dan akui baunya kuat dan mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni apartmen tersebut! Kalau nak makan durian, pulang ke Malaysia ajelah.

Adat orang kita, bila nak masuk rumah, tanggalkan kasut dan selipar di luar pintu. Di Eropah, penghuni apartmen tidak boleh letak kasut di luar pintu rumah. Semuanya perlu dibawa masuk ke dalam rumah. Kami kena rajin menyuci kasut, sebab di Eropah, masyarakatnya suka bela anjing dan walk the dog. Jadi najis dan air kencing anjing bersepah di merata tempat. Ada di setengah-setengah tempat, pemilik anjing tu kena kutip najis anjing, masukkannya ke dalam plastik dan buangnya ke dalam tong sampah, tetapi bekas-bekas najis tu tetap ada.

Umumnya di Eropah, anak-anak kecil tidak dibenarkan membuat bising pada sebahagian waktu siang dan malam. Kalau anak kecil kuat melalak dan yang nakal pula suka menjerit-jerit, bagaimana? Selain itu, kami tidak boleh membakar sate di apartmen. Para penghuni apartmen tidak boleh menyuci kereta di tempat letak kereta di apartmen. Itu perlu dilakukan di tempat-tempat khas yang menyediakan perkhidmatan menyuci kereta. Kalau memandu kereta pula, tidak boleh langgar pokok di tepi jalan. Semua pokok-pokok tu sudah diinsurankan. Sekiranya kita terlanggar pokok-pokok tu, siaplah kena saman!

Kalau menyewa di rumah teres pula, bila salji turun lebat menutupi pejalan kaki di depan rumah, adalah tanggung-jawab kami untuk menyodok salji ke tepi, supaya orang yang lalu lalang di depan rumah tak jatuh. Kalau dibiarkan saja salji menjadi ais dan mereka terjatuh, kami akan disamannya! Maka setiap pagi, bila salji tebal di depan rumah, kami anak-beranak akan segera menyodoknya ke tepi dan tabur garam agar ianya tak jadi ais. Sodok-menyodok salji setebal se kaki pada suhu -10 Celsius memang menyiksakan dan boleh sakit pinggang dibuatnya! Sabar ajelah.

JMJ: Malaysia juga yang best!

16 comments:

Aidah said...

wah, banyaknyer pantang-larang bila tinggal di bumi asing. sentiasa nak kena berwaspada, kalau tidak selalulah kena saman kannn...

lagi seronok tinggal di bumi kita malaysia. boleh makan durian ikut suka kita. nak goreng ke bakar belacan pun takde orang larang. cuci kereta kat laman rumah sendiri. huiiii memang banyaklah yang seronoknya kat Malaysia ni. tapi pengalaman hidup di negara lain tetap seronok dan menarik. sebab tak semua orang dapat tinggal di negara luar dari malaysia. saya pun belum pernah lagi tinggal lama luar dari malaysia.

amiraliyana said...

menarik pengalaman di luar negara..

apa2 pun negara sendiri yg terbaik kan.. =)

Ummu Ukasyah said...

Wah.. susahnya hidup di sana.. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Malaysia memang best.

Apapun hidup di mana-mana, masuk kandang kambing mengembek, masuk... (lupalah)

Tapi jangan lupakan agama, ikut adat dan peraturan yang tidak melanggar syariat islam.

Anon said...

malaysia..home sweet home

padlie said...

Begitulah adatnya bila kita di bumi orang.. Ibarat masuk kandang kambing, mengembek.. Masuk kandang harimau, kena ngap..

Saya agak keliru mulanya melihat gambar orang menyodok salji dengan ayat pertama berkenaan tak boleh flush toilet.. Salah faham sikit.. Rupanya cerita dia kat bawah..

Makanan kat Malaysia selalu menimbulkan perasaan ingin tahu orang luar.. Kawan saya di Auckland bawa pisang goreng. Di airport, polis tanya apa tu. Bila diterangkan, mereka terkejut, "What?? You fry banana?"..

Macam kata orang tua-tua, lebih baik hujan batu di negeri sendiri dari berhujan emas di negeri orang..

Aidah said...

setujuuuuu dengan komen padlie...

Wan_hazel said...

waaa...jadi tak seronok lak nak melancong ke luar negara...hehehe..dia org punya peraturan pelik2 kan...Wan ade gak dengar dari kawan2 Wan..rumah dia orang tak berpagar tapi tanah dia org dah dibahgi so law termasuk ke tanah dia org..dia org akn ambik tindakan gak,,pelik lak kan..

dan ade sesetengah tempat tak leh meludah kan..betul tak???

Unknown said...

hah? macam tu sekali? teruknya...huhu...napa tak boleh tarik flash tu? sebab bising yer? ish2x! susah hidup kalo macam tu..hehe..aah kan, malaysia jugak best!:)

abazilah said...

itu lah namanya lain tempat , lain adat dan budaya . dekat sana tak boleh , tapi dekat sini boleh . kalau semua tempat boleh , rasanya tak ada beza la kan ?

macam yang sambal belacan dan durian , sana macam tak boleh sangat , nanti orang sana datang sini , tengok sendiri , tertarik , then boleh lah ajak banyak lagi orang sana datang sini untuk rasa . yela , nak bawak sana , macam "taboo" la kan .

so maknanya boleh tambah bilangan pelancong ke negara kita , dan meningkatkan industri pelancongan .

rusna wana said...

wow - info yg menarik - walaupun tak penah jejak kaki keluar negara - tapi sekurang2nya dah tau pantang2 yg tak bole kita buat kat negara org...kelakar pun ada juga kan pantang2 kt bumi eropah ni..

Hm - bila difikir2 balik, Malaysia juga lah yg best - penuh dengan keunikan budaya, adat resam dan pelbagai agama - walaupun kita berlainan agama tpi kita duduk di bawah bumbung yg sama iaitu 1Malaysia...

Kita tidak perlu takut utk makan makanan kegemaran kita..kita tak pelu nk smuggle2 ataupun klu nk buang air besar waktu malam sekali pun, tak de perlu dirisaukan..

Sungguh Bertuahnya kita di Bumi Malaysia...

Wan_hazel said...

Berbangga lah jadi masyarakat Mlaysia..jgn lak nak wat parti kaum dan mogok yang entah papa..kdg2 org yang wat mogok semua tu tak de info dari luar...so mereka orng tak sayang lah kat Malaysia..padahal Malaysia dah kasi kebebesan beragama dan semua...


Dan mereka yang tak sayang negara tu tak sedar apa yang meeka perjuangkan..padahal mereka nie merosakkan negara..


Sayangi Negara..

Unknown said...

wah, hebat neh wan bersuara..hehe...apapun ngra kte neh dah ckup aman da...ntah pe lg diorang nak..huhu..

Wan_hazel said...

nanakimie

tu lah..wan pun tak taw..ape lagi yg mereka tak puas hati..macma2 je yg kerajaan buat salah..law susah sgt..jgn lah suh anak2 tu skolah kerjaan..huh

aqishah said...

wah2 baru tau ada macam pantang larang duduk kat luar negara yer.. hujan emas d negara org hujan batu d negeri sendiri kan... lebih baik d negeri sendiri.. apa pun merasakan pengalaman duduk d negara org mematangkan diri dan kita ambil yg baik2 saja..

Wan_hazel said...

aqishah

setuju..betul tu

IntaNBerliaN said...

banyaknya pantang larang.. huhh!! pelik2 jugak yer.. tak pernah tahu pun sebelum ni.. tak pernah pergi oversea pun.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...