Followers

Monday 6 June 2011

Hari Susu Sedunia!!

Salam semua..1 Jun dipilih sebagai Hari Susu Sedunia. Tapi sedarkah kita akan kewujudan hari ini? Anda ingin tahu fakta menarik tentang Hari Susu Sedunia? Mummy akan kongsikan beberapa fakta menarik, untuk perkongsian kita bersama!


  1. Tarikh 1 Jun setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Susu Sedunia memandangkan kebanyakan negara menyambut Hari Susu peringkat kebangsaan sekitar tarikh ini. 
  2. Susu segar adalah pertama kali diedarkan dalam botol (kaca) di Amerika Syarikat pada tanggal 11 Januari 1878. Tarikh itu telah dikenang sebagai ‘Hari Susu’ dan disambut setiap tahun di sana. 
  3. Botol plastik untuk susu hanya mula diperkenalkan mulai tahun 1967. 
  4. Susu lembu mempunyai nilai pH sekitar 6.4 hingga 6.8, menjadikan ia antara makanan/minuman yang paling berasid. 
  5. Susu ibu mengandungi 1.1% protein dan 4.2% lemak, yang membekalkan 72kcal tenaga untuk setiap 100ml. 
  6. Secawan susu mengandungi lebih banyak kalsium berbanding 16 cawan bayam. Susu juga mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang. 
  7. Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.
  8.  F&N Magnolia merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan Susu Skim cecair secara komersil di Malaysia. Sebelum kewujudannya, Susu Skim hanya boleh didapati di Malaysia dalam bentuk serbuk/tepung.
Menarik bukan fakta-fakta di atas. Kebanyakan antara kita tahu khasiat susu. Malah, susu juga adalah sumber makanan pertama sejak kita dilahirkan! 
  







Zarra:  Jom, amalkan minum susu setiap hari, untuk mendapatkan kesihatan maksimum! 

19 comments:

aqishah said...

suke susu yg berperisa sprt coklat n stawberi.. nyum nyum

The Girl of The Future said...

Selamat hari Susu sedunia..
*jum kita minum dulu*

Peti ais mmg mesti ada stok susu.. mmg mengenyangkan, menyegarkan and sedap.. :)

rusna wana said...

susu adalah keutamaanku selain drpd Yogurt..amat meminati susu pelbagai perasa dan jenama...suka marigold, dutch lady..

meoww cat said...

susu ialah makanan pertama yg kita rasa...banyak khasiat susu..lebih2 lagi susu ibu..susu panas berkesan kalau seseorang tidak boleh tidur...selamat mencuba..

Cikbintang said...

tp cikbintang xminum susu tepung ke susu segar ke...huu...nt muntah..xley msuk tekak..so gnti ngn yogurt hee

Azie Azman said...

susu memang baik untuk untuk kita kan?
minum susu baik untuk tulang =D

Mummy Zarra said...

bagusnya siapa yang amalkan minum susu ni. saya sendiri 'kurang' minum susu, tapi kena mula amalkan la sbb bila umur dah meningkat, tulang mula la bunyi2 sana sini..:)

PS Mubin said...

Amalan meminum susu setiap hari amat baik untuk kesihatan....tapi perlu berhati2 apabila beli susu..kot kena yang dah luput tarikh

amiraliyana said...

suka susu yang berperisa macam strawberi dan coklat. kalau yang takdak perisa payah telan jugak makan dengan cereal la jawabnya. ;p

Anonymous said...

huhu..memang bagus kalu sape2x minum susu sejak dari kecik lagi~

Unknown said...

nana da belajar mnum susu skg,hehe...susu coklat n susu soya plg suka:) yg len xboleh telan,huhu

INNANIE ARIFFIN said...

shedapnya susu!!!! suka susu coklat! nyum..nyum...

Joel Leslie said...

tak kira usia, sus patut diminum oleh setiap individu di dunia ini. banyak kebaikan susu ! :) SUSU IS THE BEST ! :) mari kita minum susu bersama-sama :D

Sarah Naiema said...

Selamat Hari Susu sedunia!

Susu nie banyak khasiatnya..Contohnya untuk tulang, pembesaran tubuh badan kite, gigi dan lain-lain..

Selain itu, wanita disarankan juga minum susu supaya memberi tenaga selepas bersalin..

Kite patut mengamalkan tabiat minum susu nie sejak dari kecil supaya nanti tak ada la tak boleh telan..Yang tak minat ley cuba yang jenis berperisa..^^

Ummu Ukasyah said...

Semoga semua rakyat malaysia sedar betapa pentingnya khasiat susu terutamanya susu ibu. Jadikan negara Malaysia sebuah negara yang semua bayi-bayinya 100% menyusu susu ibu secara ekskusif. InsyaAllah.

Dengan adanya ramai kumpulan sokongan yang menggalakkan penyusuan susu ibu tidak mustahil semua baby mendapat kahsiat susu yang terbaik anugerah Alah.

Wan_hazel said...

walaupun susu baik utk keshatan..Wan tetap tak suka susu..

AtiQah said...

WAHHH... hari susu d amerika syarikat adalah bday saya.. hehehe..
saya adalah seorng yg boleh dkatakan hantu susu.. kerana sgt suka minum susu.. khasiat yg ada pada susu sgt bnyak.. saya minum susu tepung tanpa dtambah gula, minumaman yg harus d ambil setiap pagi..^^

SEBARKAN KEBAIKAN SUSU..(=

Anonymous said...

banyaknye fakta menarik pasal susu...
hehehe
yogurt,cheese,ice cream, most of them dibuat dari susu..asalkan kita pandai memilih pasti hasilnya akan dapat balik kat badan kita..

Ummu Ukasyah said...

Susu ibu tetap susu terbaik. :) Mari semua ibu-ibu kita breastfeeding beramai-ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...